Perantauan Bhg. 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini adalah sekuel pengalaman aku. Jadi kepada yang belum baca masukan sebelum ini, sila baca Perantauan Bhg. 1 ye. Sambungan pengalaman aku di tempat orang. Bahagian 2 ni panjang sikit ye. Jangan jemu membaca.

Perjalanan aku diteruskan ke Port Dickson. Ambil masa lebih kurang setengah jam ke sana dari Seremban. Aku memilih untuk melalui lebuhraya ke destinasi seterusnya. Aras meter minyak motorku tinggal separuh. Aku berhenti di stesen minyak Petronas berhampiran sebelum masuk lebuhraya. Aku bayar tiga ringgit di kaunter untuk memastikan minyak motor aku penuh. Kemudian, kembali ke motorku. Aku hidupkan enjin. Terus menyusur laju menghala ke lebuhraya.


Ada kaitan ke dengan kisah aku ni? Haha...

Korang perasan tak sesuatu? Ya! Aku lupa hendak isikan minyak ke tangki. Aku perasan semasa aku sudah di lebuhraya. Hendak patah balik? Mustahil! Aku pun terus menunggang dan mengharap ada stesen minyak muncul di tengah-tengah lebuhraya itu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan melalui jalan dalam ke PD. Kerana aku fikir, pasti ada stesen minyak jika aku ikut jalan dalam.

Aku terus memulas minyak. Dengan aras minyak yang menghampiri ‘E’, aku menelusuri kawasan kampung menuju ke PD. Kedudukan setiap rumah agak jauh antara satu sama lain. Aku bertawakkal, dengan berpandukan hanya papan tanda Port Dickson untuk ke sana. Ketika harapan aku semakin kering seperti hampir keringnya minyak motor aku kelihatan sebuah kedai makan di sebuah kampung entah di mana. Ada orang minum-minum disitu. Aku bertanyakan di mana stesen minyak terdekat kepada salah seorang dari mereka. Segala puji bagiNya. Stesen minyak ada di pekan, kata seorang penduduk yang berada di kedai makan itu. Aku berlalu dari situ, menuju ke stesen minyak yang dikatakan tadi.

Setelah mengisi penuh minyak. Aku teruskan lagi perjalanan. Aku mengeluh untuk sekalian kalinya Di dalam hati aku berbisik. Kenapalah aku ikut jalan dalam ni? Ikut lebuhraya lagi senang. Tidak sampai sebatu perjalanan, tiba-tiba…

… motor aku yang banyak berjasa tu berbunyi semput. Lama-kelamaan enjinnya mati secara perlahan-lahan. Aku pulas minyak. Meter hadlaju tak naik, malah makin turun. Aku cuak seketika. Motor aku terus mati di pertengahan jalan. Aku tengok keliling. Kiri kanan aku pokok kelapa sawit, ladang milik Sime Darby. Aku cuba hidupkan kembali enjin motor. Tendang pemula untuk ke sekian kalinya. Motor aku tetap tidak mengaum seperti kebiasaannya.

Aku syak, ini mesti masalah sama seperti 3 bulan lalu. Aku tukar plag. Tendang pemula lagi. Tak ada respon juga. Dah sah! Ini mesti macam hari tu. Mungkin juga ini balasan atas keceluparan aku tadi. Mungkin juga bantuan dariNya? Cerita selanjutnya akan aku terangkan kenapa aku katakannya sebagai pertolongan Allah. Aku menghantar pesanan ringkas kepada seniorku,seorang pegawai farmasi berbangsa cina. Beliau memang baik dan sangat membantu. Aku menyatakan lokasi aku tersadai dan bertanyakan jika dia tahu bengkel yang berdekatan di situ. Pesananku dibalas. Tapi jawapannya sedikit mengecewakanku. Dia pun tidak pasti lokasi aku berada sekarang, huhu… Apa pun, aku berterima kasih sebab dia cuba membantuku dan membalas mesejku. Paling tidak, dia tahu lokasi aku berada sekarang.

Jam Seiko aku menunjukkan pukul 1. Kalau boleh, aku nak sampai Hospital Port Dickson sebelum pukul 2.30 petang. Setelah menuntun motorsikal beberapa meter. Segala puji bagiNya. Ada seorang hamba Allah di sebuah kedai runcit. Aku bertanyakan kepadanya, berapa jauh bengkel motor dari sini? Dan hamba Allah ini memberitahu aku, 7 kilometer lagi ni. Takpelah, mari abang tolakkan, katanya. Dia membantu aku dengan menolak motorku dengan kakinya. Sewaktu di atas motor, aku teringat cerita kawan aku ketika dia menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Motornya mati di tengah jalan. Tiada siapa yang pandang apatah lagi cuba membantu walaupun Melayu. Kemudian dia didatangi seorang cina tua dan membantunya menghantar motornya ke bengkel. Inilah realiti kehidupan.

Alhamdulillah, mujurlah hamba Allah ini sudi membantu aku di kala aku terdesak waktu itu. Semoga Allah merahmati hidup anda. Terima kasih, bro! Sedar-sedar saja, hamba Allah tadi telah menolak aku sehingga ke sebuah bengkel di kawasan kedai terletak di Pasir Panjang. Sambil aku mengangkat tangan kepada hamba Allah itu tanda terima kasih, beliau berlalu begitu saja tanpa mengharapkan apa-apa. Mekanik bengkel itu mendapati masalah seperti jangkaan aku awal tadi. Setelah selesai dibaiki, nampaknya perjalananku perlu diteruskan untuk ke destinasi.

Aku terus ke depan menuju destinasi dengan berdoa kepada Allah setiap waktu agar permudahkan setiap urusanku dan berharap masalah mendatang dapat aku tangani. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Aku kini dah bekerja selama hampir 3 minggu di Hospital Tuanku Jaafar serta masih menyesuaikan diri juga dapat kenalan-kenalan baru yang baik-baik semuanya.

Ingat tak kenapa aku katakan mungkin datangnya pertolongan dariNya. Mula-mula, aku leka sehingga tidak mengisi minyak yang memaksa aku memilih melalui jalan dalam, kemudian motor aku mati dan di bantu oleh seorang abang membantuku hingga ke bengkel. Jika aku mengisi minyak dan melalui lebuhraya dan motor aku mati tiba-tiba di lebuhraya. Kemungkinan besar ada mata-mata yang memerhatikan gerak geriku dan dengan sepantas kilat ada ‘bantuan’entah dari mana sebelum peronda PLUS sempat sampai pun. Mungkin antara korang pernah mengalami pengalaman sedemikian bukan. Namun, tanggapan aku di atas kejadian yang menimpa aku hanyalah dari pemikiran kotak fikiran yang terbatas. Segala yang kurang itu dari manusia lemah, yang datang dariNya itu yang baik. Dan perancanganNyalah yang terbaik.

Doakan aku di perantauan.

Ulasan

  1. salam ibnu masir..
    idup d perantauan mmg sgt mncabar..
    tambah2 lg sebulan yg pertama...
    mmg sgt mnyayat hati...
    tapi alhamdulillah, sgalanya da stabil...
    harapnya kt semua kuat...caiyok!

    BalasPadam
  2. tukang tulis: salam kmbali.. stuju ngn ko.. InsyaAllah.. hrp2 sumenye b'jln lncr...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah ada orang tolong.
    :)
    ke hospital ade urusan ape?

    BalasPadam
  4. panjang sungguh ceritanya, apa2 pun. setiap perjalanan perlu dirancang tau. :)

    BalasPadam
  5. loq: betol3... nak lapor diri bro... nak mule keje. skang dh sbulan keje..

    mohdisa: betol 2 bro... bukn x merncg.. tp mugkin perncgn x menjadi...

    BalasPadam

Catat Ulasan