Perantauan Bhg. 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku hidupkan enjin motosikal Kriss 110 yang berwarna belang hitam bercampur hijau. Motosikal yang telah banyak berjasa kepadaku semasa aku belajar kat Kolompo. Jam tangan Seiko aku tunjuk nombor 9. Aku memulas minyak untuk memulakan pengembaraan ke selatan, suatu tempat yang baru bagi aku. Walaupun hanya sejam lebih perjalanan, memandangkan kali pertama aku ke sana pastu aku tidak kenal siapa-siapa macam jauhnya beribu batu. Sebelum ini, ada pakcik aku tinggal di Labu, tapi kini dah balik Selangor kerana pindah mengajar di negeri Red Giant itu.

Seremban, Labu terpampang di papan tanda sebelum simpang ke tempat yang ingin aku tuju, Seremban di tepi lebuhraya PLUS KL-Seremban. Pengembaraan yang mencabar bermula di sini, hehe… Patutnya, dari simpang masuk dari lebuhraya tadi aku sudah sampai ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri 9 kat Jalan Lee Sam dalam masa 5-10 minit, tapi dek tersalah dengar arahan yang diberi kakak pegawai JKN, aku melilau sampai kat kawasan perumahan yang berbukit. Ah, sudah… salah jalan la ni. Tenang. Aku bernasib baik kerana aku ditempatkan di hospital yang sama dengan seorang kawan sekuliahku. Dan nasib baik lagi dia orang situ. Tapi aku lapor diri lewat 2 hari dari kawan aku tu. Masa aku telefon dia, dia tengah bekerja. Dia angkat telefon, tanya aku kat mana. Aku jawab, sesat… huhu.. Lepas dia bagi tahu arah yang betul. Akhirnya aku sampai juga di JKN


Seremban, 51km lagi tu

Sebenarnya, semasa aku mencari-cari JKN tu pun aku dah tawaf bandar Seremban beberapa kali. Nak patah balik, tak boleh sebab jalan sehala. Jadi, kena tawafla untuk mencari petanda ke JKN. Petanda yang pertama, The Store. Cari punya cari sekali ada 2 daa.. The Store kat Seremban tu, 1 kecik dan 1 besar sikit. Petanda kedua, sebelah sekolah. Pada pertama kali aku lalu depan sekolah [maknanya depan JKN la tu..] yang diberitahu oleh kawan aku, aku memang tak perasan ada premis lain kat situ. Sampaikan aku terlajak ke kawasan perumahan kedai. Aku patah balik, aku lalu belakang sekolah pula [belakang JKN la tu..] sehingga aku sampai Terminal 2.

Akhirnya, sampai juga aku kat JKN lepas 2 jam merayau-rayau di bandar. Antara sebab aku tak perasan JKN sebelah sekolah tersebut kerana papan tanda sekolah itu telah menghalang pemandanganku secara langsung ke arah JKN tu. Mati-matian aku ingat bangunan tu bangunan sekolah. Setelah aku ambil dokumen-dokumen berkaitan di JKN, tamatlah pengembaraan pertamaku dan bermulah pengembaraan keduaku. Dalam sehari…

Bersambung ye…

Ulasan

  1. cepat smbung...best plak bce cte ko ni..ekek...cepat2..

    BalasPadam
  2. setuju...cepat sambung......boring2 syok gak membacenyer......

    BalasPadam
  3. ratu salju: haha..sabar2.. isnin ni exam so tgh cbuk studi, hehe.. nex week ye..

    nord@enstek73: trime kasih nord.. pe2 pon salam perkenalan..

    BalasPadam
  4. gg da jdi org seromban daa...
    congrats2...^^

    BalasPadam
  5. haha.. still org slangor... tQ tukang uru.. ops, tukang tulis, hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan