Melaburlah Emas

Selasa, Februari 7 | | 1 idea x terduga

Emas, ataupun Aurum [Au] dalam Jadual Berkala. Logam yang tidak susut nilai selain Perak [atau Argentum]. Di Malaysia, pelaburan kedua-dua logam ini sedang meningkat dan semakin berkembang. Adakah anda termasuk dalam golongan yang semakin berkembang ini?

Sebelum anda terlibat secara langsung dengan pelaburan emas ini, lihat infografik Pokok Emas. Dari mana emas datang, ke mana ia digunakan. 18% adalah pelaburan emas.


The Gold Tree Infographic
Sumber: Trustable Gold


Selain itu apakah keputusan Muzakarah terhadap pelaburan emas:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Dari suami kepada seorang abah

Khamis, Februari 2 | | 0 idea x terduga

Masa berlalu. Antara kita sedar atau tidak.. Aku pun mengalami peredaran yang sama. Dari seorang budak laki yang keras kepala kepada seorang remaja yang mencari hala. Dulu bujang berseorang, kini telah dua bersama isteri yang aku nikahi 10 bulan yang lalu dan perkara yang paling menggembirakan setiap sang suami, aku bakal menjadi abah dalam beberapa hari, dengan Izin-Nya.

Anak, anugerah & amanah
Hari yang dinanti oleh aku dan isteri tak lama saja lagi. Doktor kata jangkaan tarikh 3 Februari ini. Tapi perkiraan manusia akan ada kurang lebihnya. Entah-entah petang ini, hehe. Yang paling penting sihat dan cukup sifat, kata ibunya.

Macam pasangan yang lain sebelum lahirnya cahaya mata dan hati, perancangan dan persiapan amat penting. Lebih-lebih lagi anak pertama ini. Kalang-kalibut [kelam-kabut, isteri saya suka sebut perkataan ini] dibuatnya kalau tak ada barang-barang penting.

Ingin kongsi hasil bacaan dari 'Indahnya Hidup Bersyariat' oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid terbitan Telaga Biru. Menyambut kelahiran bayi comel bersulam syariat. Ringkasnya:

[Tips] Panduan pengiklanan produk kesihatan dari sudut undang-undang

Jumaat, September 30 | | 3 idea x terduga

Dengan nama Allah...

Anda seorang usahawan, ahli perniagaan atau penjual produk-produk ubat-ubatan, kesihatan serta kecantikan diri. Pastinya tugas anda tidak lain dan tidak bukan adalah menjual atau memasarkan produk-produk anda kepada pembeli [kumpulan sasar]. Bagi memastikan maklumat produk-produk ini sampai kepada kumpulan sasar, perlu ada 'penghubung' atau medium iaitu...

IKLAN

Hanya sekadar contoh, ini iklan dolu-dolu [Sumber: reemreen]

Kalaulah anda sedar, iklan seperti 'Panadol' contohnya, terdapat nombor KKLIU di mana-mana bahagian paparan iklan berkenaan sama ada iklan di surat khabar ataupun televisyen. Nombor KKLIU ini perlu diperolehi dari Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum anda boleh mengiklankan produk atau perkhidmatan berkaitan kesihatan anda secara sah.

KAWALAN

Pendaftaran iklan untuk mendapatkan nombor KKLIU ini bertujuan mengawal iklan-iklan berkaitan kesihatan seterusnya mengurangkan risiko pengguna terpedaya janji manis iklan. Iklan-iklan yang didaftarkan akan disaring oleh LIU yang terdiri dari ahli-ahli yang berpengalaman dalam bidang farmasi dan perubatan. Bukan semua iklan ini akan diluluskan kerana bergantung kepada kriteria yang perlu dipatuhi dan syarat-syarat yang digariskan.

[Video] Maher Zain - For the Rest of My Life [Indonesian version]

Rabu, April 27 | | 0 idea x terduga

Maher Zain lagi? Lagi-lagi Maher Zain! Ya, mari dengar Maher Zain nyanyi lagu For the Rest of My Life dalam bahasa Indonesia. Dari sumber-sumber tertentu lagu ini merupakan OST Ayat-ayat Cinta. Ada yang perasan? Maaf, aku belum tonton lagi filem yang diterjemahkan dari novel karya Habiburrahman El-Shirazy ni.

Mari layan lagu Sepanjang Hidup [For the Rest of My Life-Indonesian version] dari Maher Zain. Tunggu yang official!

Video dan Lirik Sepanjang Hidup [Indonesian version-For the Rest of My Life] - Maher Zain

Lirik Sepanjang Hidup [Indonesian version-For the Rest of My Life] - Maher Zain

[Berita] Beza ubat palsu

Isnin, April 25 | | 2 idea x terduga

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Berita Ubat Palsu [Ihsan: TV3]
Pada 19 April 2011 yang lalu, berita berkenaan ubat palsu dipaparkan TV3. Kejadian rampasan ubat-ubatan tersebut [ada yang palsu, tidak berdaftar, dan mengandungi racun berjadual] berlaku di sekitar Chow Kit dan Jln. Raja Laut, Kuala Lumpur.

Operasi ini juga adalah susulan dari serbuan pada malam sebelumnya, 18 April di sekitar Lorong Haji Taib ke atas peniaga-peniaga di kaki lima yang menjual produk perangsang seks [dipercayai mengandungi racun berjadual, Sildenafil]. Tetapi serbuan tidak berapa berjaya pada malam itu; objektif tak tercapai.

Tulisan ini sekadar berkongsi ilmu dan maklumat atas rasa tanggungjawab ke atas pengguna bagi memastikan ubat yang korang atau ahli keluarga korang adalah selamat, berkualiti dan yang paling penting berkesan. Bukanlah mudah bagi menentukan sesuatu produk ubat yang berada di pasaran tulen atau tiruan. Hanya pengilang produk berkenaan atau pegawai penguatkuasa farmasi yang berpengalaman dapat mengenalpasti perbezaan antara ubat palsu dan tulen.

Beberapa tips sebelum membeli ubat, pastikan: