Tips pencegahan pecah rumah

Syawal 1428H bakal menjelma. Tentunya ada di kalangan kita yang sudah ada di kampung halaman, ada juga yang tengah sibuk mengemas sebagai persiapan pulang berhari raya dan tidak lupa ada di antara kita yang bertungkus-lumus bekerja menggalas amanah.
Sumber gambar: MIDI Karangkraf

Jadi sebelum kita meninggalkan rumah kesayangan bagi menyambut hari lebaran untuk beberapa hari, lebih molek kita amalkan beberapa tips pencegahan bagi mengelakkan rumah kita menjadi sasaran penjenayah, Aku berlindung dengan-Mu, Ya Allah.

Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah
2. Kerjasama di antara jiran-jiran sangat rendah sampai ada tak kenal jiran!
3. Kita cuai dan pandang enteng dalam beberapa aspek keselamatan

Berikut antara tips bagi mengelakkan perkara buruk berlaku terhadap rumah kita:
1. Biasakan kunci pintu dan tingkap bila tinggalkan rumah walaupun keluar untuk sebentar saja
2. Janganlah tinggalkan kunci rumah di tempat orang boleh agak macam dalam pasu ke...bawah alas kaki ataupun rak kasut di luar rumah
3. Jangan tinggalkan nota... "Tiada di rumah skang nie.."
4. Hentikan hantaran pesanan harian (contoh: surat khabar) apabila kita tiada di rumah beberapa hari
5. Pasang semula mangga atau kunci rumah baru jika pernah hilang anak kunci. Bagi tuan rumah yang sudah bertukar penyewa lain, lebih baik tukar juga mangga atau anak kunci baru
6. Jangan bagi kunci rumah kepada kontraktor
7. Simpan tangga dan peralatan di tempat selamat agar tidak dapat digunakan oleh penjenayah
8. Wujudkan suasana rumah seperti ada penghuni..buka radio ke..pasangkan lampu. Kalau ada alat kawalan waktu (timer) lebih bagus.
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan
10. Sertai program kejiranan terutamanya bersama polis macam SRS ke..dll.
11. Berikan nombor telefon anda yang boleh dihubungi kepada balai terdekat
12. Pastikan persekitaran rumah bersih...jangan bagi lalang tumbuh di laman rumah, takdelah ruang penyamun nak sorok
13. Sekitar kawasan pagar rumah tidak mempunyai pokok yang memudahkan penceroboh mudah melompat masuk

Sumber gambar: Alam Selamat

Tips tambahan
1. Pintu utama dan pintu belakang diperbuat dari bahan yang kukuh dan sistem kunci berkualiti (kos)
2. Pasang lubang peninjau (door viewer) di pintu utama dan kunci penyelak
3. Pasang jeriji (jeriji keselamatan lebih baik) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (jimat & mesra alam) dengan pengesan pergerakan
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti CCTV dan penggera

Tips terulung:
Tawakkal selepas kita berusaha!

Ulasan