"Tak Pasti, Jangan Kongsi"- SKMM

KEMBALI


"Tak Pasti, Jangan Kongsi" merupakan cogan kata dari laman sesawang yang baru dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu SEBENARNYA.MY pada 14 Mac 2017.

Cerita-cerita, kisah-kisah yang tular di media-media sosial seperti laman sosial Facebook, aplikasi mesej Whatsapp, aplikasi Instagram memang sampai lebih pantas berbanding 'teknologi mulut ke mulut'. Pantanglah kisah atau berita hangat dan sensasi, berlumba-lumbalah kita menjadi yang terawal sebagai pembawa utusan...tanpa usul periksa.

Tepat pada masanya, SKMM memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY yang patut jadi tempat rujukan kita sebelum sebar satu-satu berita atau cerita.

Lepas ni, kalau kita terima mesej dari Whatsapp atau Facebook, baca hingga habis...fikir....semak.. fikir...semak lagi...fikir.... barulah hantar.... Taksub nombor satu? Bukan semua benda K. 

Ulasan