Dua anak kecil di pagi raya di kem pelarian Palestin Shatila. [Sumber: daylife.com]
Aku ingin mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua penganut Islam di Malaysia dan dunia amnya. Bila raya pastilah kita bergembira dan bersuka ria. Tapi jangan dilupa suruhan yg lima. Juga jgn lupa kpd mereka yg menyambut hari kembali kepada fitrah ini yg berada di bumi suci Palestin. Sambutlah dengan sederhana dan berpada. Kerana masih ada yg tak mampu.
Dalam pada umat Islam menyambut Syawal, ada pula yang ingin mencemarkannya dengan rancangan membakar Al-Quran Al-Karim di Florida, AS. Semoga paderi berkenaan dibuka hati utk membatalkannya buat kali kedua. Kerana tindakan sedemikian tiada tempat dalam mana-mana agama juga akal yang waras.
Rundingan damai yg berlaku antara Palestin dan Zionis Israel yg dipengerusikan Amerika Syarikat sekarang ini sebenarnya tak kan kemana seperti pelan-pelan damai sebelum ini.
Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya [Al-Maidah: 13]
selamat ari rye ye
BalasPadamAnip: selamat hari raye...
BalasPadam