Raja Bhumibol Adulyadej
No. 1 – Raja Bhumibol Adulyadej
Bukan sahaja paling kaya malah raja paling lama bertakhta di dunia dari Thailand. Berusia 82 tahun.
Jumlah harta: RM96 billion
Sultan Hassanal Bolkiah [Sumber: Brunei News]
No. 2 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Tempat pemerintahannya dekat dengan Malaysia, dari Brunei Darus Salam. Mempunyai seorang putera dari isteri pertama dan merupakan bakal sultan seterusnya, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah.
Jumlah harta: RM64 billion
Raja Abdullah
No. 3 – Raja Abdullah Abul Aziz
Dari Arab Saudi. Menunjukkan peningkatan harta pada tahun ini.
Jumlah harta: RM58 billion
No. 4 – Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan
Dilantik semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk penggal 5 tahun kedua.
Jumlah harta: RM48 billion
Sheikh Mohammed
No. 5 – Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Dari Dubai. Hartanya merosot berbanding tahun sebelum ini. Berkemahiran menunggang kuda.
Jumlah harta: RM14 billion
Putera Hans-Adam II
No. 6 – Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein
Pemerintah Liechtenstein. Ketua sebuah keluarga berusia hampir 900 tahun.
Jumlah harta: RM11.2 billion
No. 7 – Raja Mohammed IV
Dari Maghribi [Morrocco]. Antara raja termuda dari senarai 10 orang raja terkaya, berusia 46 tahun.
Jumlah harta: RM 8 billion
No. 8 – Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani
Menjadi pemerintah Qatar selepas menggulingkan ayahnya. Menghabiskan masa lapangnya di atas kapal layar, Al Mirqab sepanjang 133 meter.
Jumlah harta: RM8 billion
Putera Albert [Sumber: Go Destinations]
No. 9 – Putera Albert
Memerintah di wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York. Harta keluarganya termasuk dari saham kasino Monte Carlo.
Jumlah harta: RM3.2 billion
No. 10 – Putera Karim Al Husseini
Pemerintah yang tidak mempunyai negara kerana merupakan ketua 17 juta penganut Ismaili di seluruh dunia. Juga meminati kuda dan mempunyai ladang ternak kuda di Ireland dan Perancis.
Jumlah harta: RM2.6 billion
Sumber: Metro Ahad [D24-D25, 18 Julai 2010]
Ulasan
Catat Ulasan