Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Jangkitan virus influenza A [H1N1] gelombang kedua belum tentu reda. Langkah pencegahan dan perawatan perlu dimainkan oleh semua pihak. Sebagaimana langkah-langkah yang pernah diambil sehingga berjaya menghadapi gelombang pertama sebelum ini.
Jangan disangka keadaan yang sedikit tenang ini membuatkan kita leka sehingga tidak menyedari virus inluenza A ini boleh berada dimana-mana; tombol pintu rumah, kaunter-kaunter, pemegang tangan dalam pengangkutan awam juga ketika berjabat tangan.
Amalkan gaya hidup sihat, jaga kebersihan diri serta kerap basuh tangan selepas mengunjungi tempat-tempat awam. Bagi orang Islam mereka telah dididik bahawa kebersihan sebahagian dari Iman. Tanpa kita sedar langkah pencegahan itu telah diterapkan dari kita budak hingusan lagi.
Kewajipan umat Islam menunaikan solat fardhu 5 waktu tetapi mestilah didahului dengan berwudhu' sebagai syarat sah solat itu. Berwudhu' atau mengangkat hadas kecil dilakukan dengan mengenakan air yang suci lagi menyucikan kepada keseluruhan muka, kedua tangan hingga ke siku, anak rambut dan kaki hingga buku lali.
Berwudhu' bertujuan menggugurkan kotoran-kotoran fizikal juga spiritual [dosa-dosa] dan ini merupakan satu hikmah wudhu'. Berwudhu' juga digalakkan tika kita tengah merasa 'hangin' satu badan. Dan tentunya banyak lagi hikmah-hikmah lain yang tidak dizahirkan oleh Yang Maha Mengetahui. Antara senjata lain umat Islam bagi menghadapi wabak seperti ini adalah doa. Gunakanlah ia sebaik-baiknya kerana Allah itu Maha Mendengar. Janganlah kita berusaha dengan segala macam cara dan kaedah tanpa diiringi dengan doa. Takut-takut nanti tiada keberkatan dalam kejayaan.
Golongan ini perlu lebih berhati-hati:
Sentisa berwaspada ketika berada di luar rumah. Berusaha mencegah pun sudah, berdoa pun sudah. Jangan lupa serahkan segalanya pada Allah yang Maha Kuasa. Tawakkal!

Jangan jadi 'nyet'

Berpenyakit kronik seperti masalah jantung, paru-paru dan hati
Kanak-kanak
Wanita mengandung
Warga emas
Wanita mengandung
Warga emas
Warga emas mahu sihat
Sumber: [Amrufm]
Sentisa berwaspada ketika berada di luar rumah. Berusaha mencegah pun sudah, berdoa pun sudah. Jangan lupa serahkan segalanya pada Allah yang Maha Kuasa. Tawakkal!
Ulasan
Catat Ulasan