Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Amaran! Masukan ini hanya panduan asas untuk mereka yang masih baru tentang komputer dan tidak sesuai untuk mereka yang sudah mahir tentang komputer dari konsep, istilah sehinggalah kepada komponen-komponen dalaman sesebuah komputer. Terima kasih.
Setelah korang format komputer peribadi atau riba, sama ada yang dilakukan sendiri atau di kedai, tentu korang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan selepas ini? Perisian apa yang sepatutnya dipasang? Apakah yang perlu dielakkan supaya tiada masalah sama berulang?
Pertama, kenalpasti spesifikasi komputer peribadi atau riba anda. Sama ada sesuai untuk kerja pejabat atau sekolah sahaja, untuk multimedia atau sesuai untuk bermain permainan komputer atau melayari internet? Pada masa kini, komputer berspesifikasi RAM 512mb, DDRI, memori 80GB, dengan dikuasakan pemproses sama ada AMD atau Intel boleh diperolehi dengan harga yang boleh cukup murah dan ia lebih dari cukup untuk membuat kerja-kerja pejabat atau sekolah dan menyimpan segala data-data penting. Tapi jika korang nak lebih dari itu, kena keluar lebih sikitlah.
Sesudah mengetahui spesifikasi komputer korang, barulah korang boleh menentukan dan memilih perisian apa yang patut dan yang tak patut dipasang. Kalau komputer korang seminima yang aku katakan tadi pemilihan perisian perlu supaya komputer nanti dapat beroperasi dengan berkesan dan tidak akan menggangu kerja korang. Antara perisian yang wajib ada adalah:
1. Anti-virus/sistem keselamatan
Anti-virus antara perisian wajib yang perlu dipasang bagi mencegah [walaupun kebiasaannya terlepas] komputer korang dari diserang oleh virus dan cecacing. Bagi yang selalu atas talian, risiko untuk diserang dari segala macam ancaman cecacing, spyware dan malware amat tinggi. Anti-virus sahaja tak cukup, jadi korang perlu pasang sistem keselamatan yang lebih mantap. Antara anti-virus yang dicadangkan adalah Avira, Kaspersky dan Symantec. Walaupun aku pakai AVG tapi aku tak galakkan kat korang sebab AVG tak proaktif untuk kesan virus. Yang tak suka bunyi bising, seeloknya jauhi dari memasang Kaspersky.
2. Menulis, mengira dan persembahan
Perisian kedua yang wajib dipasang dan tidak asing lagi ialah Microsoft Office. Lebih-lebih lagi bagi korang yang perlu membuat laporan dan juga kerja sekolah atau pejabat. Walaupun terdapat perisian terbuka di luar sana, perisian ini sudah mencukupi bagi mereka yang baru.
3. Multimedia dan hiburan
Perisian multimedia adalah antara yang wajib dipasang. Tentu bosan menghadap komputer sambil menaip-naip papan kekunci tanpa iringan muzik rancak mahupun layan blues, kan. Perisian yang aku cadangkan ialah GOM player. Perisian ini ringan, amat mudah dan mesra pengguna. Semestinya Windows Media Player [WMP] sudah disertakan sekali jika anda menggunakan sistem operasi Windows. Namun, sebagi alternative GOM player antara pilihan terbaik.
4. Pelayar internet
Kalau dah pening kepala membuat laporan serta tugasan, melayari internet [selain mencari bahan untuk tugasan] adalah jawapan untuk melegakan kekusut-masaian otak korang. Tapi apa guna, ingin melayar tanpa pelayar internet yang cekap dan cepat. Mozilla Firefox dan Google Chrome adalah antara yang kewl ketika korang melayari internet.
5. Mampatan fail
Bagaimana menguruskan fail yang banyak dan mempunyai saiz yang besar? Mampatan adalah jawapan kepada masalah korang. Tentu korang pernah dengar perisian WinRAR, WinZip, 7Zip dan sebagainya. Ini adalah antara perisian pengurusan bagi korang untuk mengecilkan saiz sesuatu fail, juga untuk membuka fail dalam format .rar, .zip dan sebagainya.
Elakkan:
1. Memasang perisian permainan komputer jika komputer korang tidak disokong spesifikasi yang bersesuaian.
2. Memasang perisian untuk mencantikkan dan menghiasi paparan grafik komputer korang seperti pek Windows Vista Transformation atau GoogleDesktop. Pasang je terus Windows Vista.
3. Memasang 2 atau lebih perisian yang mempunyai fungsi yang hampir sama apatah lagi sebijik melainkan perisian-perisian itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
*Tips asas} Matikan suis komputer korang selepas habis menggunakan komputer korang. Jimat eletrik!

Komputer idamankah? hehe...

info yang amat berguna...thanks sifu...:)
BalasPadamNorizwan: same2... mane de sifula.. sy pon blaja ckit2.. huhu
BalasPadam