Di sana masih mengalir...

15 Mei 1948... Palestin...
Jumaat minggu lepas, 15 Mei 2009... 61 tahun berlalu...

Ia masih dirasai, malapetaka yang menimpa ratusan ribu penduduk Palestin. Kesannya boleh dilihat sehingga kini oleh mata dunia, termasuk Malaysia. Tapi macam biasa, ayam telur sebiji, riuh seantero kampung. Kemudian... bisu...

An-Nakbah telah berlalu seminggu, mungkin antara sedar atau separa sedar. Nasib baik ada Hari An-Nakbah untuk diiingati, kalau tidak, mungkin Palestin terus-terusan menangis bersendirian.

Berkenaan An-Nakbah, antara masukan [entry] awal yang aku taip ketika blog LepaQ sambil berpiQir ini membuat kemunculan sulung. Walaupun hanya tulisan yang ringkas. Oh, sudah setahun jagung rupanya blog aku ini. Baru setahun, belum 61 tahun lamanya. Kasihannya saudaraku di sana. Ia masih mengalir.

Ya, Allah. Selamatkan saudara-saudaraku di bumi suciMu. Kembalikan hak mereka yang dirampas.

Teruskan di COMPLETE
“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai Dunia..”- Salahuddin Al Ayubi

Ulasan

  1. Selagi umat Islam di sana masih berbalah antara satu sama lain, selagi itulah rakyat palestin akan menderita.

    BalasPadam
  2. Tips Blogging: ya, perpecahan di kalangn umat Islam adalah slh 1 yg diadakan oleh Zionis.perlu menemukan titik keseimbangan yg boleh mengatasi perpecahan ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan