C.U.T.I.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 - Fotopages.com

Berhenti sebentar..sebelum terbang lebih tinggi


Cabinet
Minggu lepas Perdana Menteri Malaysia yang keenam, DS Najib [Pak Lah, panggilan mesra untuk PM ke5, PM ke6 ada gelaran untuk dia?] mengumumkan barisan kabinet yang baru [bak kata Ku Li, "ada yang kitar semula", kira baru juga] dengan bilangan menteri lebih sedikit [lebih efektif agaknya, tapi timbalan menteri ramai pula]. Dengan pembawaan kabinet baru adalah kabinet dapur..eh, kabinet rakyat [macam plagiat saja, tidak apa yang penting jangan buang air liur saja].

Ujian
Bulan ini merupakan bulan ujian atau peperiksaan akhir semester bagi kebanyakan siswa-siswi institut pengajian tinggi. Masing-masing sedang berusaha untuk membuat persediaan sebelum hari perhitungan. Jangan terlalu risaukan ujian yang kecil ini, masih ada lagi SPM [Soalan Padang Mahsyar] yang begitu dekat dengan kita. Persiapkanlah. Untuk ujian-ujian yang melanda, jangan dipinta kecilkan ujian tapi minta kepadaNya diperbesarkan iman.

Thailand
Pergolakan demi pergolakan berlaku di utara tanah Semenanjung Malaysia. Pemberontakanterhadap kerajaan silih berganti jika kerajaan baru didirikan. Bila ini berlaku, tentera pasti campur tangan. Asyik hendak merampas sahaja. Cerita merampas dari rakyat ini seakan-akan sama seperti di Darul Ridzuan. Ambil iktibar dari pemimpin sampailah ke rakyat marhaen. Demonstrasi, aku sokong tapi biarlah dengan aman dan cara yang betul. Kalau hendak aman, jangan ada yang menghasut.

Iskandar bukan ZulQarnain

Aku baru selesai membaca buku sejarah ini, Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?. Memang menarik. Dibentangkan dengan hujah-hujah ilmiah dan bukti-bukti sejarah. Bukan dongengan mulut. Alexander the Great bukanlah ZulQarnain [gelaran untuk pemimpin agung yang menakluk timur dan barat] yang dicatat dalam Al-Quran. Siapa ZulQarnain, beli buku ini, baca dan nilai.


Sepanjang dan selepas peperiksaan ini nanti, aku akan bercuti panjang dari penulisan blog ini. Buat sementara waktu. Aku akan kembali lagi. Mungkin dengan pengisian yang lebih menarik dan kritikal, jadi tunggu. 

Doakan kejayaan aku dan kawan-kawan aku yang lain untuk menghadapi peperiksaan nanti, seterusnya dapat menggenggam apa yang dicita dari tahun 1 lagi.

Doa aku buat teman-teman, semoga berjaya. Dengan izin Allah.

Ulasan

  1. salam..bro, nanti bila ak da ada rumah ak nk beli kabinet yg mantap..jom layan www.rozharif.blogspot.com

    BalasPadam
  2. gg, ak nk pnjm buku alexander bkn zulkarnain

    BalasPadam
  3. salam
    wah menarik buku tu..
    bole pinjam
    hehehe..

    insyaAllah, sama2 berusaha mencapai keredhaan Allah untuk menghadapi final exam

    ilmu sinar kebahagian.

    salam ukhwah

    amin

    BalasPadam
  4. -WaN- : terima kasih Wan

    Ro Zhaf Zeck: Salam.. bagusla tu.. jgn slh beli rumah sudah, huhu.. Semoge berjaye dlm exam

    BalasPadam
  5. Anonymous: nak pinjm boleh..cmne nak bg. nama please..?

    Amin MPPFarmasi: Salam. mmg bes buku ni Amin. nak pinjm dtg K3.

    Terima kasih sbb doakan kejayaan bersama.Amin..Salam Ukhuwwah..

    BalasPadam
  6. dalam quran sebut dzu l'qarnaen jadi mana datangnye nama iskandar tuh? buku2 sejarah semuanya ditulis oleh konspirator.

    BalasPadam
  7. aku ingat kan apela yang cuti tuuu

    BalasPadam
  8. alexander the great tu byk kita dgr dlm buku.die dtg dari kaum saracen.org nye mmg totally blainan dgn iskandar zulkarnain.kalo nk search pasal iskandar ni,search guna nama cyrus the great.cyrus ni la iskandar zulkarnain yg sbnr..

    BalasPadam
  9. Benrauf: betol 2. Iskandar ni sbb Tun Sri Lanang yg sebut. tp buku ni bes benrauf. zulqarnain dari Parsi.. bacela

    neo: haha, tp skang ak demam exam ni pasni cuti. ko bile exam neo?

    encik Bosan: ak xtau pulk die kaum pe. tp Alexander ni dr Macedonia dan mengaku anak tuhan. Iskandar xd kena mngena dgn zulqarnain, gabugnan Iskandar Zulkarnain ni dipopularkan oleh Tun Sri Lanang je. Zulqarnain yg disebutkan dlm Al-Quran lebih mirip ape yg encik bosan ckp, Cyrus da Great, die ni beriman dgn Tuhan yg Esa. Wallahua'alam

    BalasPadam
  10. aku tau psl mix up dlm lagenda iskandar+zulkarnain.alexander yg dikatekn sblm ni,mengikut sejarahnye kaum saracen dari macedonia.tok guru die ialah aristotle dan plato.dlm lagenda die.masa nk perang dgn iran kalo x silap,raja iran ni hantar putri die.aristotle sbg guru,amik dulu putri ni utk dijadikn teman bermesra.tp alexander masa ni dah jadi raja penakhluk.sbb kn ego,die rampas putri ni dari aristotle.pastu wujud pertelingkahan dalaman.dari catatan ni dah ckp kita katekn bhwa alexander ni bkn la sorg yg taat,zuhud.mana mungkin seorg yg berpuasa disiang hari sambil berperang dan tahajud di malam hari yang juga diceritakan dalam quran ni adalah alexander...
    cuba tgh catatan sejarah mengenai cyrus the great.strategi peperangan,pendekatan askar die dah menunjukkn die adalah iskandar.cerita kingdom of heaven boleh ceritakn serba sedikit mengenai pendekatan peperangan iskandar ni..

    BalasPadam
  11. encik Bosan: ditekankan di sini zulqarnain bermaksud 2 tanduk, atau tafsiran ulama' menguasai wilayah timur n barat. gelaran ini yg tercatat dlm Al-Quran, tiada name Iskandar disebut.

    Kingdom of Heaven, bukan Salahuddin Al-Ayubi ke?

    BalasPadam
  12. betul tu, dah tengok citer tu, kingdom of heavan.
    pasal salahuddin al-ayubi,
    bole thn citer tu,
    tp dengar2 ade ckit masalah,
    barat mengatakan citer tu berat sebelah dengan menyokong islam.
    tp itulah yg realiti berlakukan.

    cuma pemerhatian dari kite

    salam ukhwah

    amin

    BalasPadam
  13. Amin: Em, itu buknla berat sblh tp realiti n fakta. tp de beberapa fakta yg diubah tp x sure pe die

    arnamee: Salam.. terima kasih. pe yg indah 2?

    BalasPadam
  14. Pasti menarik buku ni aku akan usaha untuk cari dan baca. Aku pernah baca buku Yajjud & Majjud dan ada juga cerita tentang Zulqarnain seperti di surah Al Qaffi. Dalam analisa penulis ini Zulqarnain ini adalah salah seorang Firaun yang beriman kepada agama nabi Musa dan akhirnya beliau di halau dan belayar sehingga kenegara yang terdapat yajjud & Majjud.

    BalasPadam
  15. denaihati: buku ni mmg menarik bro. wah, ni 1 lg idea yg menarik. Zulqarnain adalah Firaun. tp stkt ni lom penah t'bce lg ttg 2. leh bg tajuk buku 2 bro?

    buku Iskandar bukan Zulqarnain 2 de jual kt kedai buku2 kecuali kedai mamak jual buku. dkt bookfair pon rsenye ade, tp bookfair dh abis lom? hehe..

    BalasPadam
  16. waah..mcm best...nk pinjam gak... 30hb ni da abis xm..blh r isi masa ngan pembacaan ilmiah (yg jarang skali terdetik di hati nk membuatnya..)

    keskes...

    BalasPadam
  17. Azah: haha. nk pinjm ke? cm jauh je dr kubang kerian ke kl. cari le kt klate 2.. pasti de. awlnye ko abes exam. ak abis 4hb Mei, huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan