Tinggal 23 jam lagi bumi Malaysia kita akan bergelap sebentar, selama 60 minit. Ini merupakan kali ketiga seumpamanya yang telah dimulakan sejak 2007 di Sydney. Di Malaysia, ia merupakan pertama kali ia dilancarkan.
Dan tarikh 28 Mac 2009, dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam bakal menyaksikan kesungguhan rakyat Malaysia dalam sama-sama menyokong dan membuang undi kepada bumi [VOTE EARTH]. Anda tutup lampu, anda undi untuk bumi yang kita diami. Katakan TIDAK kepada Pemanasan Global!
Berkenaan pemanasan global, kita semua telah lama merasai lebih-lebih lagi kita yang berkhatulistiwa ini. Pencairan glasier di kutub utara, penipisan ozon dan kejadian El Nino serta La Nina antara akibat dari tangan-tangan manusia yang megilhamkan Protokol Kyoto. Sebagai usaha menyelamatkan dunia yang semakin dicemari dan tercemar ini, satu lagi konferens iklim dunia di Copenhagen akan dianjurkan dan Vote Earth adalah suara kita yang bakal menentukan polisi baru bagi konferens tersebut.
Mungkin ada yang setuju seperti Saiful Islam dan SlumberAJA, mungkin ada yang tidak. Masing-masing punya hujah sendiri. Jangan wujudkan percikan perpecahan kerana pendapat yang tidak senada.
Walaubagaimana pun, sebenarnya aku telah lama menyokong Earth Hour ini [hehehe..]. Sememangnya aku tidak sukakan pemanasan global. Ini kerana aku telah mengalaminya setiap malam apabila aku membuka lampu bilik, pasti bahang akan menerpa. Kalau kamu orang tidak percaya, lihat gambar di bawah ini. kalau masih tidak percaya lagi, silalah tanyakan kepada budak aras A305, Kolej Tun Syed Nasir 3, Jalan Raja Alang, Kg,. Baru.
Beginilah keadaan bilik aku setiap malam, hanya ditemani lampu monitor
Selamat bergelap, VOTE EARTH!
yeay! mari kita gelapkan blog sekali. hehe :)
BalasPadamKNizam: idea yg menarik ni. hehe. Selamat bergelap, hehe
BalasPadamaku tak buat laaa
BalasPadamNeo: ala rugi wei x join, hehe..
BalasPadamaku dah bersedia gelapkan blog.. hehe..
BalasPadammenteil: ko nak warnakan gelap blog ko or ko nak bg tutop terus? hehehe
BalasPadam