Perkara 152

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perkara Asas Perlembagaan
Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

"Tiada kata secantik bahasa" begitulah tajuk dan antara lirik lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham P. Ramlee. Malaysia yang diharmonikan dengan bangsa dan kaum yang pelbagai menjunjung Asas Perlembagaan Perkara 152 ini, bagi yang tidak buta sejarah. Kini, Bahasa Melayu seperti asing di tempat sendiri tidak seperti 'bahasa asing' yang dikatakan global dan maju itu. Padahal, bahasa itu juga campuran dari pelbagai negara seluruh dunia tanpa sempadan. Benarkah dengan menggunakan bahasa Inggeris ini kemajuan akan dapat dicapai dengan mudah dan cepat? Mengapa tidak menggunakan sahaja bahasa Jepun, negara matahari terbit itu lebih maju dan terkehadapan berbanding Eropah sendiri.

Saat ini, di Malaysia isu bahasa ini menjadi panas lagi hangat kerana PPSMI seperti bila ia mula dilaksanakan tika dulu kala. Sebelum ini, PPSMI telah diperjuangkan dan dipertahankan terutamanya pemimpin dari parti pemerintah [bukan selama-lamanya] dan tiada mahu mendengar pandangan cendiakawan. Dahulu yang mungkin kerana taklik buta [mata atau hati?] atau kerna nama atau kecut sebab dia maha, kini menterinya sendiri mahu Bahasa Melayu diperkasa.

Asal-usul PPSMI ni pelbagai versi. Ada yang kata, dahulu kala di Cyberjaya, ingin terjemah istilah teknologi informasi dan komunikasi yang pada saat itu tiada cukup kata kerana DBP mandul bahasa waktu itu., kini bagaimana? Maka setelah diterjemah istilah berkenaan, membawa maksud yang lucah dan tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Sejauh mana kedongengannya, tidak pasti. Ada juga khabar dari angin yang mengatakan tiada pekerjaan yang layak bagi mereka jika tidak kuasai bahasa Inggeris. Ini pasal kena belajar bahasa Inggeris, tapi apa pasal dalam Sains dan Kira-kira saja. Sahaja cari pasal.


Tahniah untuk mereka yang menghunus hujah. Sepertinya ingin kembali kepada Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Adalah molek diregukan sekali dengan tulisan jawi lagi berseni. Nampak manis kata orang. Diingatkan, jangan meletakkan kepentingan diri dan monopoli sebab engkau sememangnya udang tersepit di celah batu. Semoga bahasa jiwa bangsa.

Ulasan