Apa yang kita korbankan?


Kesan kejatuhan Turki Uthmaniyyah 2

Sempena Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban, mari kita berkorban sedikit masa untuk sama-sama merasai pengorbanan saudara-saudara kita yang memang kita tidak tergambarkan.

Kesan kejatuhan Turki Uthmaniyyah 1
Kesan kejatuhan Turki Uthmaniyyah 3
Kesan kejatuhan Turki Uthmaniyyah 4
atau muatturun


Esok 8 Disember 2008 merupakan Idul Adha 1429H, satu hari mengenang kembali sejarah tentang seorang Ayah bergelar Nabi diperintah Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.
Perasaan ketakwaan dan kasih sayang terhadap Allah melebihi segalanya, lantas disembelihlah anak tunggalnya itu [sebelum kelahiran Nabi Ishak]. Dengan kuasa-Nya yang Maha Bijaksana, lantaran digantilah dengan seekor kibas untuk dijadikan korban.
Lalu apa pengorbanan kita?

Kepada umat Islam, dari jam 5.15 petang ini hingga 10.30 malam ini waktu Malaysia merupakan wukuf di Arafah. Antara waktu yang diangkat dan dimakbulkan doanya. Bersama-sama kita memohon mendoakan setiap umat Islam yang memenuhi segenap pelusuk dunia terutamanya pejuang-pejuang Islam.


Sumber: PinkTurtle2

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semoga roh-roh mereka yang terlibat ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.

ibnmasir mengucapkan Selamat Aidiladha kepada semua pelepaQ [followers], kawan-kawan blogger dan 'musafir lalu'.

Ulasan

  1. Nauzubillah.. sungguh menyayat hati. al-fatihah buat saudara seagama. semoga mereka ditempatkan dlm golongan yg mulia disisi Allah.

    seram sejuk aku melihat video itu ibnmasir.. bknnya aku takut mati tp biarlah aku mati dlm keadaan yg sempurna dan bknnya sedemikian rupa. bangsa yahudi memang kaum durjana.

    apa2 pun, salam aidiladha utk ibnmasir..

    BalasPadam
  2. Azizwan: Itulah antara kesan2 yg dirasai setelah runtuhnya Khalifah di muka bumi ini.
    Umat Islam ditindas di Palestin, Kashmir, Afghanistan, Algeria, Bosnia, Chechnya, Iraq, dan byk lg diselurh dunia.
    Semoga ada usaha kita walaupun sedikit utk m'bantu saudara kita di sana.

    T'ingat hadis Nabi S.A.W., tidak beriman seseorang itu jika dia tidak mempedulikan saudara seagamanya.

    BalasPadam
  3. aku xle tgk la vid mcm ni...huhu..perasaan aku fragile sungguh

    BalasPadam
  4. a Q r a m: yeke qeram..sensitif sgt nie, hehe..teruskan usaha anda blaja tgk video ini agar dpt m'bangkitkan smgt kita m'bantu saudara kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan