Oleh: Khairani
Hawa, andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah.
Hawa, andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa, cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
(*utk diri ini yg serba kkurangan sbnrnya**)
daku kn goncng badan adikku yg adam itu supaya bgun subuh selalu...huhuh...
BalasPadamratu salju: kezutkan adik lelakimu ratu, jgn x kezut.ak xde adik laki nk kezut..
BalasPadamtersentuh... T_T
BalasPadamAsyima Dollah: terharu ye..huhu..
BalasPadammemang respect lah artikel ni...tersentuh segala2nya...aku nak copy leh...nak bagi pada seseorang, biar bergetar hati dia baca artikel ni...doa2 gitulah...
BalasPadamRusdi Abdullah25: hehe..ak pon copy dr kwn ak..sile2, sebar2kan.. ak doakan terbuke pintu hatinya...
BalasPadamaku xjumpe dah perempuan yg: jaga pandangan, awasi aurat, pelihara akhlak, kuat pendirian.
BalasPadammungkin ade sekali...
Sub: Alhamdulillah, ak masih dlm berada dlm lingkungan yg anda nyatakan diats itu..
BalasPadam