6 Mei 2008/29 Rabiulakhir 1429H - 1545pm:
Di Hospital Ampuan Rahimah, Klang...
Mak, aku, & lin (alang) dgn kawan die termasuk abg long menunggu abah di luar bilik icu. Abah dimasukkan ke icu lepas 'operation' mlm td.2 jam gak abah di'operate' oleh 4 org doktor pakar. Ya Allah, semoga abah selamat m'jalani pembedahan..Amin..Sekejap tadi Yan pun baru smpai dr terengganu terus ke hospital klang.
1615pm:
Mak & yan dipanggil masuk ke dlm icu oleh doktor yg b'tugas waktu 2..x bape lame pastu, yan kuar. Mate die merah sikit. Kemudian, giliran aku pulak masuk. Aku lihat mata mak dah penuh air mata. "Abah tengah nazak, zi..". Emak mintak aku perdengarkan kalimah syahadah kat telinga abah aku. Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah..aku lihat mulutnya seakan-akan hendak mengucapkan sesuatu.Aku teruskan bacaan syahadah pada telinganya. Kemudian aku jugak adik-beradik lain mohon maaf kepada abah andai kami ada buat salah & kami sume memaafkan abah. Aku terus-terusan bacaan syahadah ke telinganya.
1650pm:
Aku & mak kuar sebentar sbb nak solat asar jap. Lin & kawannya pulak masuk utk melihat abah. Mase 2, maman mail, mak teh & nenek pn sampai. Ya, Allah engkau selamatkanlah abahku. Janganlah dia terseksa lebih lama. Ampunilah dosa2 beliau..doaku slps solat Asar.
1715pm:
Abg long dah balik rumahnya utk berehat sbntr sbb mlm tadi x cukup tido. Kami naik semula ke icu. Maman mail & mah teh kt dlm melihat keadaan abah. x lame pastu dieorg keluar. Dieorg pn nak balik bagi menyelesaikan urusan masing2..masih tinggal mak & kami tiga beradik..kwn lin de gak.
1830pm:
Kami nak balik ke rumah along di syeksen 8, shah alam.Aku pun ikut gak sbb nak mandi & berehat jap..Xde yg tinggal di hospital waktu 2..Jalan agak jem skang nie..
1915pm:
Masa nie denyutan jantung abah dah xde..doktor n team dah cube sedaya upaya, buat cpr..bagi dos ubat paling tinggi (nie dr cerita doktor)..tapi Allah lebih menyayangi abah
1925pm:
abg long dpt panggilan dr hospital spy hadir segera ke icu.Aku cpt2 solat maghrib & bertolak ke hospital bersama abg long (abg ipar) aku.kesian aku tgk die...kepenatan..kami sampai di sana dlm 2020pm sbb sangkut dlm jem..Mase ni kami xtau lagi pe berlaku..sampai2, doktor xde..kene tunggu jap..
2045pm:
kami dipanggil masuk ke dlm wad..aku lihat katil abah dikelilingi langsir.Kemudian entah macam mane, langsir 2 terselak..aku nampak wajah abah sudah ditutupi dgn kain.waktu 2 aku dah tau abah dh pergi meninggalkan kami buat selamanya..sedikit sebak dalam hati aku.tapi aku nak dgr dari mulut doktor. doktor 2 bgtau memang dah xde harapan sbb jangkitan yg dh merebak & menyerang organ2 penting. Ini diburukkan lagi dgn penyakit 'diabetes mellitus' nya. Aku dgn hati yg tenang redha dgn pemergiannya.
2055pm:
Kami menelefon mak, sume adik beradik; along, yan & lin (x bagitau adik, die pekse final sem mase tue..), tefon sume ahli keluarga terdekat yg lain. Kemudian, aku pergi ke bilik menunggu pelawat, aku sedekahkan surah Yaasin kpd arwah abah...dlm pada aku membacanya, aku menitiskan air mata. aku cuba tahan..kerana aku sudah meredhakan pemergiannya..
6 Mei 2008/1 Jamadilawwal 1429H - 1945pm : doktor sahkan waktu kematian abah kerana 'necrotizing fasciitis according to septicaemia'. Ya Allah, Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman & beramal soleh..Amin..
7 Mei 2008/1 Jamadilawwal 1429H
Slps mandi, kafan dan solat. Jenazah abah selamat dikebumikan di perkuburan Kg. Sg .Leman
Ulasan
Catat Ulasan