[Berita] Beza ubat palsu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Berita Ubat Palsu [Ihsan: TV3]
Pada 19 April 2011 yang lalu, berita berkenaan ubat palsu dipaparkan TV3. Kejadian rampasan ubat-ubatan tersebut [ada yang palsu, tidak berdaftar, dan mengandungi racun berjadual] berlaku di sekitar Chow Kit dan Jln. Raja Laut, Kuala Lumpur.

Operasi ini juga adalah susulan dari serbuan pada malam sebelumnya, 18 April di sekitar Lorong Haji Taib ke atas peniaga-peniaga di kaki lima yang menjual produk perangsang seks [dipercayai mengandungi racun berjadual, Sildenafil]. Tetapi serbuan tidak berapa berjaya pada malam itu; objektif tak tercapai.

Tulisan ini sekadar berkongsi ilmu dan maklumat atas rasa tanggungjawab ke atas pengguna bagi memastikan ubat yang korang atau ahli keluarga korang adalah selamat, berkualiti dan yang paling penting berkesan. Bukanlah mudah bagi menentukan sesuatu produk ubat yang berada di pasaran tulen atau tiruan. Hanya pengilang produk berkenaan atau pegawai penguatkuasa farmasi yang berpengalaman dapat mengenalpasti perbezaan antara ubat palsu dan tulen.

Beberapa tips sebelum membeli ubat, pastikan:


1. Ketulenan ubat
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, payah untuk mengenalpasti ubat kita tu 'ori' atau 'pirate'. Jadi salah satu cara adalah harga, kebiasaannya ubat yang tiruan dijual pada harga yang lebih rendah dari produk ubat tulen. Jangan berkira sangat soal harga jika ia melibatkan keselamatan dan kesihatan diri. Belilah yang berkualiti!

2. Ubat didaftarkan
Pastikan ubat yang korang nak beli itu telah didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan [BPFK], KKM. Terdapat 2 ciri bagi kepastian ubat tersebut telah didaftarkan dengan KKM. Pertama pada kotak produk terdapatnya Hologram MEDITAG dan kedua nombor pendaftaran MAL seperti berikut, cth: MAL1235678A/X/T. Rujuk gambar di bawah. Jika tiada salah satu atau kedua-duanya, ia dikategorikan sebagai produk tidak berdaftar.

Pastikan kedua-dua ciri ini ada semasa membeli ubat anda
3. Tidak mengandungi racun
Ini juga perkara yang tidak dapat dipastikan melainkan dengan ujian makmal bagi menguji kesahihan kandungan di dalam sesuatu ubat. Apa yang pasti jika ubat atau produk berkenaan harganya mahal dan didakwa berkesan serta-merta hatta sebiji tablet, pasti ada yang tak kena, bukan! Dakwaan ini kebiasaannya pada ubat perangsang seks. Hati-hati ke atas dakwaan kurus dalam waktu singkat, dikhuatiri ada Sibutramine [semua produk ada racun ini telah ditarik balik pada Okt 2010].

Bagi mendapatkan kepastian rujuklah ke laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi [BPF], KKM di sini. Dapatkan maklumat berkenaan ubat-ubatan di sana. Korang boleh dapatkan contoh-contoh ubat [beserta gambar] yang tidak berdaftar dan yang mengandungi racun. Sebarang aduan atau maklumat berkenaan ubat, terutama yang menyalahi undang-undang boleh disalurkan kepada BPF. Semoga panduan ini dapat membantu  anda di luar sana dalam membeli serta memilih ubat yang betul bagi kesejahteraan bersama.

psst: Akan datang berkenaan bagaimana menggunakan dekoder hologram bagi pengesahan hologram tulen. Hologram pon dieorang boleh tiru!

pssst: Aku juga akan blog berkenaan kecenderungan dan 'trend' pengilang-pengilang yang tak bertanggungjawab ini dalam memasarkan produk mereka.