Bakar Al-Quran

Dari api bangsa jin diciptakan

Bakar! Bakar! Bakar!

Itulah perkataan yang kita selalu baca di akhbar baru-baru ini. Di awal Ramadhan, berita bakar mercun sentiasa menjadi berita sensasi menjelangnya bulan puasa sehingga ada kes yang meragut nyawa seperti kes di Kuala Terengganu. Kemudian, kita telah digemparkan dengan berita kematian seorang peniagawati,
Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain yang dipukul sehingga mati kemudiannya dibakar dan abunya dibuang di sungai di Banting. Dan yang terbaru, beberapa hari sebelum menjelang Syawal seorang paderi mengugut untuk membakar kitab suci Al-Quran, namun mendapat tentangan dan kecaman dari pelbagai pihak termasuk orang bukan Islam yang masih cintakan keamanan.

Walaubagaimanapun, paderi dari Florida itu membatalkan hasratnya di saat-saat akhir. Tetapi menjelang 3 Syawal, paderi lain pula yang melaksanakan tugas membakar Al-Quran. Tindakan seperti ini menunjukkan fenomena takut terhadap Islam (Islamophobia) masih menebal di kalangan penganut bukan Islam. 

Adakah mereka yang bersalah dalam hal ini? Mungkin ya. Mungkin mereka masih tidak mendapat maklumat yang sebenarnya tentang Islam. Jadi menjadi tugas siapa bagi menyampaikan bahawa Islam itu aman. Tak kira dengan kaedah apa; media, komunikasi juga yang penting tindakan dan akhlak. Agar Islam ini tak disalahtafsirkan.

Bakar Al-Quran dibolehkan bagi melupuskan Al-Quran yang buruk, koyak atau tersalah cetak. Surah Yaasin, ayat-ayat suci, kad jemputan kahwin [terdapat basmallah] atau naskah terdapat perkatan Allah dalam bahasa arab juga boleh dilupuskan dengan kaedah ini. Agar ayat-ayat Allah ini dapat dipelihara.

Antara kaedah melupuskan Al-Quran:

1. Dibakar dan abunya dihanyutkan di air mengalir

2. Dibakar dan abunya ditanam di tempat tinggi

3. Dibakar di tempat yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Korang juga boleh menghantar Al-Quran dan risalah yang mengandungi ayat-ayat suci di Pusat Pelupusan Ayat Al Quran Percetakan Saufi, Batu 10 Jln. Cheras Kajang.

Sumber: Lupus ikut Syariah, bmdua, m/s 2-3, Berita Minggu [Ahad, 19 September 2010]

pssst: Boleh muat turun garis panduan pelupusan Al-Quran dari JAKIM di sini.

Ulasan

  1. lepas satu, satu umat islam dicabar

    BalasPadam
  2. Dark Half: byk yg perlu umat Islam muhasabah..

    BalasPadam
  3. persoalan: klu abu tu tnm dkt tmpt yg tak tingi . tp ditanda??

    BalasPadam
  4. uuuu, baru aku tau cara nak buang Quran yang sebenar.. aku igt tanam biasa2 jer.. rupanya kene kat tempat tinggi ek? hohohohoo

    BalasPadam
  5. Shafika: ak bukn pakar utk m'jwb soalan agama kerna ak bukan bidang agama. tp dr ape yg ak faham, lebih mudah ikut garis panduan jakim ni. walaupun bertanda ditakuti de kanak2 main2 di situ or binatang mengorek tmpt 2 n abunye bersepah. tmpt lebih tinggi dgn tujuan utk memuliakan.

    samnosuke_04:em, ni ak dpt info dr berita harian 2 la.b4 ni mmg tau Al-Quran lusuh kena bakar tp xtau pe nak buat lepas 2.same2 kongsi ilmu

    BalasPadam
  6. terima kasih kerana mengambil artikel ini.

    Setiap perkataan yg tertera kalimah suci, walaupun di akhbar, ianya haruslah dijaga. Kebanyakannya skg ini ramai pula mereka mencetakkan ayat suci di kad jemputan majlis kahwin. Selepas itu,kemana ianya pergi...?

    Jadi, peliharalah ayat2 suci.

    Sila layari : http://wakafalquran30.blogspot.com

    BalasPadam
  7. PERCETAKAN SAUFI: same2.. sy hanye kongsi ilmu yg dpt.. semoge semue peroleh manfaat.. hm, 2 la, kesedaran masih rendah n x berhati-hati.. tq sbb kongsi link.. berkunjung ke sana..

    BalasPadam
  8. manusia sekarang dah semakin kejam dan ramai yang tidak tahu arah..dengan adanya panduan macam ini,semoga tiada lagi yang tersilap langkah atau sesat. terima kasih atas panduan baik ni..
    Bersama-samalah kita pelihara Al-Quran Kalam Allah yang suci..

    BalasPadam
  9. BroZool: moge2 ramai yg mendapt manffat. hanya skdr berkongsi ilmu. masih byk lg ilmu yg perlu di cari.. tp diri ni slalu lmh. moge same2 beroleh barakah..

    BalasPadam

Catat Ulasan