Kriss 110 ‘transformed’ 2 GT128

Haha.. ini bukan Transformers. Ini perihal ‘haiwan’ tunggangan aku. Tunggangan yang mencurahkan baktinya kepada aku selama 3 tahun akhirnya menamatkan tanggungjawabnya bermula pagi tadi. Khidmat ‘kuda’ baru diperlukan, supaya aku dapat ulang-alik dari rumah sewa ke tempat kerja. Juga keperluan untuk aku pulang ke kampung setiap 2 minggu. Makanya, ‘kuda’ yang lebih tangkas dan gagah menjadi sasaran pilihan aku.

Sumber: Modenas

Setelah diteliti dan dibelek, aku memilih ‘kuda’ oren. Kenapa oren? ‘Baru nampak jiwa muda’ kata kawan aku. Apa jadi pada ‘kuda’ dulu? Tolak pada abang ipar. Dia hendak bawa ulang-alik kerja. Kebanyakan kawan-kawan aku yang dah bekerja, memilih ‘pedati’ tanpa kuda untuk ulang-alik kerja. Kebanyakannya perempuan. Takpelah, sesuai dengan mereka. Ada yang beli ‘pedati’ Swift, Myvi, City dan bermacam-macam lagi.

Antara ‘kuda’ dan ‘pedati’, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan,bukan?

‘Kuda’ lama Kriss110
 
Terima kasih ‘kuda’.

Bertukar

‘Kuda’ oren GT128