Jatuh di menara gading. Takziah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jangan salah faham tentang tajuk kali ini. Bukan ingin bercerita berkenaan kegagalan para mahasiswa tetapi hanya ingin mengucapkan simpati terhadap keluarga siswi sarjana Sains Kimia yang meninggal akibat jatuh dari tingkat 4 blok bangunannya di UKM, Bangi.

Juga aku tertarik untuk mengulas laporan berita dari Berita Harian atas talian di sini. Tajuk dan isi laporan yang berita berkenaan sangat menarik untuk diperkatakan. Tajuk berita Siswi UKM maut dikejar 'lembaga' seolah-olah tidak menggambarkan laporan berita itu datang dari akhbar yang berkredibiliti. Tajuk seakan-akan dari akhbar kompak, milik syarikat yang sama, bermuka depan dengan tajuk yang hangat dan misteri. Seolah telah kurang daya penariknya.

Antara isi yang memeri kemusykilan dalam laporan berkenaan:
"...berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan sering mengaji, berzikir serta melakukan solat sunat."
Aku bukan ingin mengulas berkenaan peribadi allahyarhamah. Itu adalah urusan dia dengan Yang Maha Menerima Taubat. Tetapi apabila perkara kebajikan, yang mendatangkan pahala dikatakan pelik adalah pelik bagi insan yang faham mengapa namanya Islam. Pelik juga bagi aku lebih tepat disinonimkan dengan perkara-perkara yang janggal, jarang dilihat, dibuat dan didengari.

Tapi dalam zaman siber, tidak berwayar, berfikiran terbuka lagi bebas serta maju dari fizikal dan mundur rohaninya. Perkara yang disebut pelik itu memang ada benar peliknya.

Kau orang setuju, pelik dalam masa sekarang ini harus dipertahankan anggapannya begitu? Atau kau orang sanggup termasuk golongan sedikit yang akan dianggap pelik?

pssst: Mendoakan beliau ditempatkan bersama orang solehah. Al-Fatihah. Takziah ke atas keluarga allahyarhamah.

Ulasan

  1. islam itu dtg dlm keadaan dagang, dan akan kembali dagang.. maka beruntunglah mrk yg memegangnya dlm keadaan ia dagan

    gharib (pelik) ye baca quran n solat sunnat? then apa yg x pelik? main bola smpai tinggal waktu solat x pelik? atau.. hbiskn masa dgn pergi konsert muzik.. x pelik ye?

    sedih dgn realiti ini..

    ape2pn, moga Allah terima amalan Allahyarhamah sbg bekal ke akhirat..

    BalasPadam
  2. kalau sudah AJAL..giliran kita macam mana pulak!!!

    Budaya sekarang ni memang gitu yang baik tu kelihatan pelik dan asing tetapi yang tak baik tu yang yang betul dan diterima orang....

    BalasPadam
  3. Humayra': yg rase dpt puaskan hati n nafsulah yg x pelik..

    smoge kesedihan ini x berpnjgn..

    denaihati: huhuhu....

    BalasPadam

Catat Ulasan