Hari bumi

Aku bukan malas, mungkin kurang masa. Ada 2 kertas peperiksaan lagi sedang menanti aku.

Terimalah dari Denai Hati: Segala yang terpendam ingin dikongsi [hehe, ayat belakang ditambah oleh ibnmasir sendiri]

Setiap 22/4 adalah Earth Day atau Hari Bumi yang telah disambut sejak tahun 1969. Tahun 2010 ada ulangtahun ke 40 Hari Dunia. Dunia yang mempunyai ukurlilit 40,000 km kini semakin parah apabila manusia semakin sibuk dengan politik dan ekonomi. Lihat sahaja di negara kita ni siapa yang ada memikirkan soal dunia, masing-masing terlalu sibuk dengan soal kepartian, bukanlah politik itu tidak penting tetapi tanpa dunia yang baik, segar dan selamat apalah ertinya dunia ini.



Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 164 yang ertinya "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanafaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan Nya bumi setelah mati kering, dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sungguh, merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti'.


Perubahan cuaca, pertambahan karbon dioksida, kepupusan hutan, pencemaran air, pencemaran udara, meningkatan suhu dunia, pencairan ais di kutub dan pelbagai lagi masalah dunia ini adalah kerana diri kita sendiri Manusia yang tamak dan haloba. Tunjukkan sokongan kita dengan yang paling kecil sekali join Earth Day Movement.