Sesudah berlalunya Earth Hour

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku muat naik gambar-gambar tentang 'peristiwa gelap' semalam. Aku dan budak-budak blok aku pun turut diselubungi kegelapan. Lagi menarik, budak-budak perempuan UTM sebelah kolej aku pun turut menyokong. Aku hampir tidak sempat melihat [memang tidak sempat pun, huhu..] bila berakhirnya jam 9.30 malam tadi di Dataran Merdeka.

Antara gambar yang aku tangkap [dengan Sony Ericsson K550i] dan telah disunting dengan Photoscape.


Gambar sebelum dan selepas 8.30 malam diambil ketika bersantap di restoran di Kg. Baru


Dari bilik aku, di Kolej Tun Syed Nasir 3 a.k.a K3. Hanya kelihatan bintik cahaya yang membentuk 2 segi tiga yang simetri [klik gambar untuk lebih jelas]


Perbezaan apabila cahaya lampu KLCC dan bangunan sekitarnya terpasang


Suasana ketika 9.31 malam di Dataran Merdeka, sudah terang benderang! [Aku, Alan dan Shahir hanya terlewat beberapa minit]

Maaflah, gambar yang diambil kurang jelas. 
 
Sayangilah pokok, rumput dan bumi kerana Allah.