Anakanda seniman agung meninggal dunia

KLpos: Pelakon Nasir P. Ramlee, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini (17 Dis. 2008) akibat sakit jantung dan kencing manis.

Allahyarham yang juga anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan isteri pertamanya Junaidah itu meninggal dunia di HKL kira-kira pukul 5 petang.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Taman Setapak di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, esok.

Filem terakhir lakonan Allahyarham ialah Budak Lapok yang dihasilkan pada tahun 2007. Al-Fatihah buat beliau.