MJ 2 Mikhaeel

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini, terdengar berita yang cukup menggembirakan hati apabila Islam telah mendapat ahli barunya. Berita ini lebih hangat kerana beliau yang memeluk Islam ini [atau dikenali sebagai muallaf] adalah seorang artis yang 'top' suatu ketika awal 90'an.



Beliau adalah seperti gambar di atas. Michael Jackson [MJ], memilih namanya kepada Mikhaeel yang bermaksud Malaikat pemberi rezeki setelah melafazkan kalimah syahadah. Sebenarnya, beliau mendalami Islam ini setelah diperkenalkan oleh abang beliau sendiri dan dua orang rakannya. Ura-ura MJ memeluk Islam 5 bulan yang lalu. Sila semak entri ini.

Dalam pada kehangatan MJ memeluk Islam, sedar atau tidak segerombolan manusia keluar dari agama suci ini secara sengaja atau tidak?