12 BARISAN di Padang Mahsyar

Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki sbb mase dunia suka menyakiti hati jirannya.

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih buat kemungkaran.

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal (mcm keldai ckit) dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking sbb dekat dunia enggan mengeluarkan zakat.


Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli.

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus kerana menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya.

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.


Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala) jenis nie yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.

Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi (bukan de superpower haa..). Mereka di dunia makan harta anak yatim.


Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya.


Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik. Nie jenis orang di dunia meminum arak.

Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya. Merekalah golongan beriman dan beramal soleh (moge2 kite sume dlm golongan nie...)

Kite mintak dijauhkan dr tergolong di kalangan mereka dalam sebelas barisan yg awal tadi. Nauzubillah… kite buat koreksi diri..de x masuk dlm golongan selain barisan ke-12..?

Ulasan