Darjah kepanasan kerusi Parlimen dan DUN PRU13

Penamaan calon PRU13 berlangsung semalam, 20 April 2013.

Macam-macam berlaku. Perebutan kerusi 5-6 penjuru. Kibar 'spender' pun ada, putih lagi. Mengaku kalah?

Saingan kerusi Parlimen - SinarHarian Online

Saingan kerusi DUN - SinarHarian Online

KERUSI PANAS PARLIMEN mengikut darjah kepanasan


95 °C : Anwar Ibrahim vs. Mazlan Ismail vs. Bebas - P.044 Permatang Pauh (Sebab: Ketua Pembangkang lawan bekas pengarah TM, 3 penjuru)

92 °C : Nurul Izzah vs. Raja Nong Chik vs. Bebas - P.121 Lembah Pantai (Sebab: Penyandang lawan bekas Menteri Wilayah, 3 penjuru)

89 °C : Abd. Ghani vs. Kit Siang - P.162 Gelang Patah (Sebab: Satu lawan satu, Bekas MB lawan Penasihat DAP)

89 °C : Ku Nan vs. Husam Musa - P.125 Putrajaya (Sebab: SU Agung BN/Penyandang lawan orang kanan TGNA, satu lawan satu, majoriti kakitangan kerajaan)

85 °C : S. Subramaniam vs. Jui Ming - P.140 Segamat (Sebab: Timbalan Presiden MIC/bekas Menteri Sumber Manusia lawan bekas Menteri Kesihatan/Pengerusi PKR Johor, satu lawan satu)

85 °C : Khalid Samad vs. Zulkifli Noordin - P.108 Shah Alam (Sebab: Faktor Naib Presiden PERKASA)

83 °C : Shahidan Kassim vs. Haron Din vs. Bebas - P.003 Arau (Sebab: veteran UMNO/bekas MB Perlis lawan Timbalan Mursyidul Am PAS, 3 penjuru)

81 °C : G. Palanivel vs. M. Manogaran vs. Berjasa vs. 2 Bebas - P.078 Cameron Highlands (Sebab: Presiden MIC, 5 penjuru)

80 °C : Ibrahim Ali vs. Nik Abduh - P.022 Pasir Mas (Sebab: Penyandang/Presiden PERKASA lawan anak lelaki TGNA, satu lawan satu, PAS vs. Bebas)


50 °C : Zubir Embong vs. Raja Kamarul vs. Tok Mun - P.036 Kuala Terengganu (Sebab: Ada Tok Mun bertanding)


psst: Jom keluar UNDI 5 Mei 2013 nanti bagi yang telah daftar.