Dari suami kepada seorang abah

Masa berlalu. Antara kita sedar atau tidak.. Aku pun mengalami peredaran yang sama. Dari seorang budak laki yang keras kepala kepada seorang remaja yang mencari hala. Dulu bujang berseorang, kini telah dua bersama isteri yang aku nikahi 10 bulan yang lalu dan perkara yang paling menggembirakan setiap sang suami, aku bakal menjadi abah dalam beberapa hari, dengan Izin-Nya.
Anak, anugerah & amanah
Hari yang dinanti oleh aku dan isteri tak lama saja lagi. Doktor kata jangkaan tarikh 3 Februari ini. Tapi perkiraan manusia akan ada kurang lebihnya. Entah-entah petang ini, hehe. Yang paling penting sihat dan cukup sifat, kata ibunya.

Macam pasangan yang lain sebelum lahirnya cahaya mata dan hati, perancangan dan persiapan amat penting. Lebih-lebih lagi anak pertama ini. Kalang-kalibut [kelam-kabut, isteri saya suka sebut perkataan ini] dibuatnya kalau tak ada barang-barang penting.

Ingin kongsi hasil bacaan dari 'Indahnya Hidup Bersyariat' oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid terbitan Telaga Biru. Menyambut kelahiran bayi comel bersulam syariat. Ringkasnya:
1. Ucapan tahniah buat ibu ayah bagi raikan kegembiraan bersama

2. Azan di telinga kanan bayi, di telinga kiri iqamatkan

Tahnik bayi [Gambar contoh]
3. Memecah mulut dengan kunyahan kurma atau ber'tahnik'

4. Bagi nama yang elok-elok agar menjadi doa buatnya

5. Akikah 2 ekor kambing [bagi lelaki], 1 ekor [bagi perempuan] bila-bila masa ada rezeki dan peluang serta cukur rambut.

6. Berkhitan [lelaki atau perempuan]

psst: Moga dipermudahkan untuk mempraktikkan. Islam itu mudah.