[Tips] Panduan pengiklanan produk kesihatan dari sudut undang-undang

Dengan nama Allah...

Anda seorang usahawan, ahli perniagaan atau penjual produk-produk ubat-ubatan, kesihatan serta kecantikan diri. Pastinya tugas anda tidak lain dan tidak bukan adalah menjual atau memasarkan produk-produk anda kepada pembeli [kumpulan sasar]. Bagi memastikan maklumat produk-produk ini sampai kepada kumpulan sasar, perlu ada 'penghubung' atau medium iaitu...

IKLAN

Hanya sekadar contoh, ini iklan dolu-dolu [Sumber: reemreen]

Kalaulah anda sedar, iklan seperti 'Panadol' contohnya, terdapat nombor KKLIU di mana-mana bahagian paparan iklan berkenaan sama ada iklan di surat khabar ataupun televisyen. Nombor KKLIU ini perlu diperolehi dari Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum anda boleh mengiklankan produk atau perkhidmatan berkaitan kesihatan anda secara sah.

KAWALAN

Pendaftaran iklan untuk mendapatkan nombor KKLIU ini bertujuan mengawal iklan-iklan berkaitan kesihatan seterusnya mengurangkan risiko pengguna terpedaya janji manis iklan. Iklan-iklan yang didaftarkan akan disaring oleh LIU yang terdiri dari ahli-ahli yang berpengalaman dalam bidang farmasi dan perubatan. Bukan semua iklan ini akan diluluskan kerana bergantung kepada kriteria yang perlu dipatuhi dan syarat-syarat yang digariskan.

Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak akan mendapat nombor KKLIU langsung. Secara ringkas, dalam Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 menggariskan terdapat 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan, sama ada mencegah, mendiagnos atau merawat:
1. Diseases or defects of the kidney
2. Diseases or defects of the heart
3. Diabetes
4. Epilepsy or fits
5. Paralysis
6. Tuberculosis
7. Asthma
8. Leprosy
9. Cancer
10. Deafness
11. Drug addiction
12. Hernia or rupture
13. Diseases of the eye
14. Hypertension
15. Mental
16. Infertility
17. Frigidity
18. Impairment of the sexual function or impotency
19. Venereal disease
20. Nervous debility, or other complaint or infirmity, arising from or relating to sexual intercourse.
dan juga dilarang mengiklankan berkenaan amalan pencegah kehamilan, meningkatkan fungsi atau keadaan buah pinggang, jantung atau fungsi seks serta menggugurkan kandungan.

Selain yang disebutkan di atas termasuk ubat yang mengandungi racun, dibenarkan untuk mengiklankan produk kesihatan masing-masing, [diulangi] dengan syarat setelah mendapat nombor KKLIU dan pamer pada setiap iklan [tidak kira medium apa pun]. Pastikan maklumat yang akan diiklankan tidak memperdaya dan memberi kesan yang amat mujarab.

Ulasan

Catat Ulasan