Kemaskini...

Assalamualaikum, sejahtera kepada semua pembaca.

Nampak bersawang blog aku ni. Sudah 3 bulan lebih sejak aku kemaskini pada 31 Jan lalu. Walaupun sebenarnya aku jarang cerita tentang kehidupan peribadi dalam blog mahupun dalam alam nyata. Itu AKU...
Majlis sambut menantu di rumah ibuku, 13 Mac
Tapi kali ini aku nak cerita-kini serba sedikit tentang perkembangan peribadi dan status diri aku setelah sekian lama menyepi dari dunia blog. Tak tahula ramai yang tertanya-tanya atau tercari-cari aku ke sebelum ini atas kehilangan aku, sebab aku bukanlah blogger yang terkenal. Hanya seorang yang mengutip ilmu dari satu blog ke Twitter yang lain dan berkongsi di Facebook orang lain. Yalah, setiap orang bergelumang dengan internet dan laman sosial tika ini.

Untuk tahun 2011, segala-galanya baru dan Terima Kasih pada Allah aku panjatkan.
Kereta yg seakan keretaku. Sekadar gambar berhias.. eh, hiasan
Pada hujung tahun 2010 aku telah ditukarkan dari hospital di Seremban, tempat aku menjalankan houseman ke tempat kerja yang lebih menarik dan mencabar, penguatkuasa akta dadah. Juga di Negeri 9. Kemudian, kunci kenderaan bernama kereta aku peroleh pada awal tahun ini, berjenama tempatan saja, jenama Malaysia ok!

Dan kemaskini status aku yang paling kemas sekali, tanggal je 5 Mac 2011, siapa yg ada akaun FB aku dah lama tau perubahan status aku ni. Aku telah sah bergelar suami kepada Salasiah. Lagi Terima Kasihku pada Allah. Umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin berat!
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim)
Kemaskini ini mungkin akan menjadi penggerak kepada aku untuk kembali memblog, cuma mungkin tidak seperti dulu. Semoga aku dapat berhubung kembali dengan blogger-blogger yang pernah aku kenali juga yang  bakal aku kenal. Jangan pernah berhenti memblog k.