Bernilaikah segenggam IJAZAH?


Pernah dulu-dulu [tak lah lama sangat], aku dan kawan aku mendengar kisah dari seorang pemandu teksi bercerita tentang pemandu – pemandu teksi di India mestilah kelulusan pengajian tinggi, sekurang-kurangnya diploma. Dia juga mengakui pernah terserempak dengan pemandu teksi muda berkelulusan sarjana muda di suatu tempat di Malaysia ini. Aku taklah terkejut sangat, dengan ribuan graduan IPT keluar setiap tahun, kemudian dihidangkan dengan pasaran kerja yang terhad. Graduan jual kuih cucur kodok dengan air asam jawa pun, aku percaya. Bagi aku, apa yang penting sumber rezeki itu HALAL dan BARAKAH walaupun tak banyak.
Masihkah kau ingat, rakan sekolah korang yang duduk di kelas paling belakang? Kalau setiap kali periksa, nombor 29 atau 30 pasti cecah. Apa yang bermain di fikiran korang waktu itu? Adakah dia tiada masa depan? Atau pun mereka ini mempunyai peluang yang lebih cerah berjaya dalam kerjaya dan hidupnya?

Logo asal Apple [Sumber: Wikipedia ]

Kenal sama William Henry Gates III? Beliau pengasas bersama Microsoft. Steven Paul Jobs, merupakan pembangun bersama Apple Computer. Mereka ini adalah jutawan tetapi sekolah pun tak habis! Ada juga usahawan-usahawan tempatan yang berjaya sedemikian rupa. Ini membuktikan sehelai sijil atau ijazah bukanlah penentu kejayaan atau tanda aras berjayanya seseorang itu. Mungkin mereka kurang ilmu tapi BAKAT, AZAM dan WAWASAN melonjakkan mereka sehingga kedudukan teratas.

Ini kan rezeki dari Tuhan yang Maha Adil. Selalu kita sebut dan minta, dengan nama Allah yang Maha Pemurah. Dia boleh beri pada semua tak kira beriman, kafir,taqwa atau fasiq. Tapi Allah Maha Penyayang ya! PiQir-piQirkan. Camna pun, ilmu amat penting. Wahyu pertama sampai kepada Rasulullah S.A.W. Bacalah! Kerana membaca jambatan ilmu. Sehingga Rasulullah saran cari ilmu secara berterusan sehingga ke lubang 7 hasta sekali pun. Sehelai ijazah itu tanda kita bertungkus-lumus selama 3, 4 atau 5 tahun mencari ilmu-Nya yang setitik. Nasihat saya kepada bakal dan lepasan graduan, jangan terlalu memilih pekerjaan kerana ilmu kita bukanlah banyak mana.

Perlu juga diingat, kita bukan saja mahu berjaya dalam hidup, kejayaan perlu kita dakap sesudah mati pun. Kejayaan yang manis, harta yang sementara jangan dibiarkan mengaburi mata sehingga lupa mengejar kejayaan yang kekal abadi. Bebas Al-Wahan

Psst: Separuh daripada 14 bilionair [puluhjutawan?] wanita seluruh dunia datang dari tanah besar China. Antaranya hanya menjual ubat-ubatan Tibet dan perniagaan kitar semula akhbar terpakai.-SinarHarian 20 Apr 2010, Global (m/sN22)

Pssst: Syabas Zhang Yin, pengusaha kitar semula akhbar, semoga lebih ramai lagi seperti anda supaya menjadikan alam sekitar lebih bersih dan sihat di samping menjana pendapatan.