Idea tentang wang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang

Wang bukan segala-galanya, tapi emosi kita aman jika kita cukup duit dalam poket.


Tak kiralah kereta apa yang korang pandu, asalkan korang tahu korang ada duit dalam poket. Mungkin korang pandu kereta mewah, tapi kalau tak ada wang dalam poket, tak ada maknanya.


Kekayaan adalah relatif. Orang berkereta besar, rumah besar tak semestinya kaya. Sekarang ini tak mesti ada duit untuk berhutang atau pun terkenal sebagai ‘Jutawan Hutang Bank’.


Ada yang berangan kalau jadi kaya nak sedekah banyak-banyak. Kadang-kadang tak juga sebab bila dah banyak duit, nafsu pun mengembang. Akhirnya, cita-cita sedekah hanya tinggal kenangan.

Dipetik dari buku ‘Rancang Hidup, Rancang Wang’ oleh HAMDY.