Ustaz panas!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Akibat dari nafsu yang tak berjaya dijinakkan. Dengan serangan dari gandingan berbahaya syaitan dan nafsu, seorang ustaz sekolah menengah agama akhirnya kecundang. Bukan kerana tak berilmu dia, tapi di waktu itu lemah imannya, juga nafsu berjaya memijak akalnya. Aku terbaca di akhbar Berita Harian tadi. Kalau korang tak baca lagi, rujuk sini.

Tak kira tinggi mana ilmu korang, tak kira pangkat korang, bila mana dua jantina bersama, member ketiga akan sentiasa menggalakkan.

Tengok apa tu? Jangan lupa yang Maha Melihat


Pesan Nabi S.A.W., kepada yang muda, kalau tak dapat tahan nafsu nikahlah, kalau tak mampu, berpuasalah. 2 kaedah Nabi dah ajar, pilih mana suka. Beronani? A Big NO! NO!