Pabila ku melayari internet

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku baru dapat berita yang menggembirakan rabu tadi. Kawan aku telefon. Setelah lebih 3 bulan tanam anggur [nasib baik je tak berbuah, kalau berbuah sudah lama aku jual, haha..], akhirnya aku akan melaporkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri isnin depan. Walaupun belum dapat surat rasmi dari KKM tapi redah je, haha... Korang nak tahu kerja apa. Korang selidik sendiri dari tuan empunya badan, hehe..

Sebab sudah lama aku tak kemaskini ini blog. Yang makin lama, makin lesu dan layu. Aku blog juga, nanti korang cakap aku sudah jadi sombong. Minta maaf lah semua. Ini kali mahu cerita bila aku atas talian, laman apa yang aku layari.

Laman pertama yang aku layari, pastilah Facebook, hehe..



Kemudian pastilah aku semak akaun e-mel aku di Gmail dan Yahoo. Tengok berita atau perkembangan terbaru atau cerita-cerita besh untuk aku kongsikan dengan korang.

Laman seterusnya, aku akan semak akaun Twitter untuk menyapa korang yang ikut aku. Kadang-kadang tak sempat juga hendak sapa semua, hehe.. Yang aku tak kenal lagila..



Youthsays, satu lagi laman sosial yang aku akan semak. Bukan apa, hanya nak jawab soalan soal selidik, nak dapat sen lebih, hoho.. tapi jarang nak dapat, huhu...

Yang paling penting skodeng blog aku yang tak terkemas kini ni, huhu... juga usyar blog-blog korang walaupun tak semua. Terutama Azizwan[dot]com, blog Adzfar, blog neo dan blog politik, Tukar Tiub. Yang tak berkesempatan untuk aku menjenguk, aku minta maaf awal-awal ye.

Itulah sedikit sebanyak aku hendak tulis. Sebenarnya ada lagi yang hendak dikongsikan tapi tunggu dulu ye. Sebelum aku undur diri, aku hendak jemput semua rajin-rajinlah datang blog ini, hehe.. lepas tu ajak ramai-ramai datang sini. Dan lagi satu, minta tolong jasa baik korang klik mana-mana iklan di blog ini. Hehe... Tapi semuanya terpulang pada budi bicara korang. Terima kasih geng...