K.P.I.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejak 2 menjak ini, jarang sangat aku mengemaskini blog ini. Aku rasa korang pun sudah tahu sebab-musabab kelembapan blog ini. Kalau korang semak arkib dekat sebelah tepi, untuk Julai dan Ogos memang ciput saja masukan, huhu... Inilah masanya aku berkemaskini. Tapi segera je ni. Terimalah ringkasan dari daku buat bulan Ogos sempena bulan kemerdekaan.

K


 Aku, mak dan Yan [K. Angah aku]

Konvo. Syukur pada Illahi. 15 Ogos 2009, aku berkonvokesyen. Di? UKM, Bangi walaupun kampus aku dekat-dekat Chow Kit. Sidang 1 beb. 7.30 pagi sudah beratur. Tapi seperti kebiasaan, aku datang 8.10 pagi, terus masuk barisan ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak [DECTAR]. Segulung ijazah sarjana muda aku genggam dari Canselor UKM.

P

Puasa. Esok, 22 Ogos 2009 telah diumumkan oleh Pemegang Mohor Raja-raja sebagai tarikh permulaan menyambut Ramadhan yang mulia. Aku ucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan untuk semua umat Islam di Malaysia. Bagi yang tidak dapat puasa penuh sebab uzur syarie, hargainya... Ada masa boleh ganti [qada']. Boleh selak-selak masukan berkenaan Ramadhan sebelum ini di sini.

I

Independence Day [Kemerdekaan]. Merdeka. Hujung bulan, 31 Ogos 2009 merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke52. Berbagai-bagai cara telah dipromosikan dan didendangkan, dari corong-corong radio hinggalah ke Twitter. Hanya menunggu sahutan dari rakyat apakah erti merdeka yang sebenarnya. Apa pun bukan sekadar 1Malaysia di bibir-bibir.

Salam Ramadhan. Salam Merdeka. Cegah Selsema Babi.