Sementara itu

Sudah lama tidak menulis. Terdapat kekangan yang tidak mengizinkan ibnmasir untuk menulis, sementara waktu sahaja. Dengan ketiadaan kemudahan internet di rumah, membataskan diri untuk kemaskini blog tatapan ahli piqir ini.

Sekarang ini aku hanya duduk berehat di rumah sambil membelek-belek buku, yang sebelum ini aku letak rapi di rak kecil hitam. Dek kesibukan pengajian di kampus. Sebenarnya, aku menunggu majlis konvokesyen yang akan diadakan Ogos nanti. Sementara itu, aku tengah cari kerja sementara sebagai persediaan untuk pekerjaan yang lebih tetap. Aku hendak beritahu kepada kau orang semua berkenaan TALKSHOW (sempena Isra’ Mikraj). Di bawah butir-butirnya.

Bertajuk : “Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”
Penceramah : Ustaz Uda Bin Kassim (Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)
Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG
Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC


Jangan ketinggalan...

Ulasan

  1. bagus lah tu banyaak membaca...bro insyallah minggu ni hutang aku pada bro selesai...insyallah

    BalasPadam
  2. denaihati:terima kasih..mmg ternanti2, hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan