Aku antara pemenang RM500

Syukur ke hadrat Illahi sebab... berjaya memenangi dalam 1 pertandingan. Ini adalah pertama kali aku memenangi pertandingan yang aku masuk. Sebelum ini tiada rezeki, hehe...

 

Menang dapat RM500 kah?Tak adalah. Tajuk pertandingan saja RM500. Aku sekadar menduduki tempat ke-4 saja. Syukur kepada Allah. Tempat pertama dirampas oleh saudara Azizwan[dot]com, hehe.. Gurau saja, siapa lebih usaha dia akan dapat yang setimpal, bukan.. 

Untuk lihat keputusan penuh boleh ke blog DenaiHati. Hadiah yang akan aku dapat? RM50 + 1 pasang stokin wudhu' sponsor oleh Anisha Online Mall. Apa-apa pun tahniah kepada pemenag-pemenang lain. Semoga ikatan dan hubungan tidak berhenti setakat pertandingan ini tamat. Syabas kepada penganjur pertandingan, Saudara DenaiHati. Beliau juga sedang menganjurkan pertandigan baru, Contest Top Komentar untuk bulan Jun. Cepat sebelum terlambat. Tinggal beberapa hari lagi. Hehe.. Cepat.. cepat...