Upin, Ipin dan semua!!!

Hai... Saya Upin dan ini adik saya, Ipin, hai... Ini kisah kami berdua.
Upin: Eh, salahlah Ipin.
Ipin: Err? Ini kisah kami semua!!!
Semua: Yeay!!!

Ya, setelah muncul dengan animasi yang ditayangkan pada bulan Ramadhan, Upin & Ipin dan Upin & Ipin: Setahun Kemudian, kemudian Les Copaque muncul dengan filem animasi GENG: Pengembaraan Bermula [aku pun belum tonton lagi, huhu]. Kini, animasi bersiri Upin & Ipin kembali, pada kali ini. Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.



Buat masa ini sudah ada 9 episod untuk siri kali ini. Animasi selama 7 hingga 10 minit ini aku tidak pasti sudah ditayangkan di TV9, Dekat Di Hati atau belum.
Kalau kamu semua belum tonton, jom muat turun di lawan sesawang rasmi Upin & Ipin. Boleh juga hendak muat turun kertas dinding, nada dering dan video pendek Upin & Ipin kegemaran anda semua.

Jarjit: Sudah tengok atau belum? 2, 3 kucing berlari.. err.. jangan lupa tonton kami. Selamat hari raya. [Entah apa-apa Jarjit ini.]