MERDEKA bersama Twitter

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sekarang baru bulan Mei, lagi 3 bulan menjelang 31 Ogos 2009. Tapi ada projek baik punya untuk Hari Kemerdekaan ke 52 nanti.

Projek baik ini diusulkan oleh Mohd Ismail, seorang otai blogger Malaysia. Beliau mencadangkan Merdeka di Twitter. Apa kaitan Mohd Ismail dengan Twitter? Sebenarnya tidak ada apa-apa pun melainkan beliau hanyalah salah seorang pengguna Twitter dari beribu-ribu [tidak tahu berapa sebenarnya...] pengguna Twitter Malaysia. Dan beliau mengajak ANDA, pengguna Twitter Malaysia untuk menggegarkan dunia dengan laungan MERDEKA di Twitter pada 31 Ogos nanti.



Bagi yang tidak tahu atau tidak berapa pasti apa itu Twitter, aku terangkan serba sedikit mengenainya. Twitter merupakan jaringan sosial yang semakin berkembang masakini yang diasaskan oleh Williams & Stone. Kau orang boleh menambah rakan-rakan, kemaskini aktiviti kau orang serta menjadi alternatif kepada Yahoo Messenger? Untuk lebih faham tengok sini

Untuk projek Merdeka di Twitter ini, kau orang boleh hebah-hebahkan di blog, laman sesawang, Twitter dan apa jua medium yang boleh digunakan selagi difahami oleh rakyat Malaysia. Untuk lebih maklumat, sila rujuk di blog Mohd Ismail.

Sudah ada akaun Twitter? Bagus... Jangan tunggu lagi, ikut Twitter Mohd Ismail dan aku.

Ulasan

  1. best juga follow ni...cari idea dulu

    BalasPadam
  2. denaihati: follow bro jgn x follow.. bereh bro..

    ubey: ko dh follow ak lom? haha

    BalasPadam
  3. otai blogger mmg kureng suka follow org kot. I guess..

    BalasPadam
  4. eh sori.trlupa bgtau kt entri yg atas td..

    "wlaupun stelah org follow diaorang"

    ^_^

    BalasPadam
  5. follow twitter aku juga di http://twitter.com/myindie hehe...aku dah promote dah...:P

    BalasPadam
  6. Nazra: faham2.. xpe, yg penting kte ikut otai, haha.. same2 nanti join merdeka twitter. ajk yg lain

    mohdisa: ak dh follow ko bro. promote lg, biar ramai2 tahu..

    BalasPadam

Catat Ulasan