Ada apa dengan 10 Mei 2009?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Anda sedar apa-apa yang istimewa ahad ini?
Anda sedar siapa-siapa yang istimewa di sekeliling anda?

Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak sedar. Pada Ahad, 10 Mei 2009 merupakan Hari Ibu 2009. Ya, Hari Ibu.

Ramai yang tidak sedar tarikh Hari Ibu di seluruh dunia tidak sama. Kalau hendak tahu, mari ke blog topotato, Tarikh Hari Ibu 2009.

Ini pula hasil pertanyaan kepada kaunter bebas tol, Pak Cik Google, blogger yang mendedikasikan ucap selamat mereka kepada ibu-ibu tercinta.

Oh! Malaysiaku, Hari Ibu: Apakah kesedaran kita tentang kehadirannya?
Dr. Al, Surat Seorang Ibu
Bani Hassim, Dialah Professorku, Dialah Ibuku
AziahCy, sempena hari ibu May ini 2009 untuk ibu-ibu atau bakal ibu i love u my MAMA
Daus Entertainment, 1 Mei, Hari Ibu dan Hari Pekerja
& banyak lagi...

Dalam Islam, sebelum berbuat sesuatu perkara itu sangatlah elok diselidik asal-usul dan sejarahnya. Agar apa yang kita lakukan tidak lari dari syari'e dan pegangan aqidah.

Terdapat dua pandangan berkenaan sambutan Hari Ibu ini. Boleh semak di sini. Tapi aku lebih sukakan pandangan ini, pendapat yang lebih ringan. Anda boleh baca, faham dan piQirkannya.

Ingatlah pada hadis ini, diriwayatkan oleh Imam Al-Bahari daripada Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa baginda Nabi S.A.W telah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya kepada baginda S.A.W yang bermaksud:

"Siapakah orang yang patut aku berbuat baik? Rasulullah S.A.W menjawab ibumu. Kemudian siapa lagi? Ibumu. Kemudian siapa lagi? Ibumu. Kemudian siapa lagi? Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."


SELAMAT HARI IBU 2009 dari ibnmasir. Jasa dan pengorbananmu tiada tara.

Tapi bagi aku, hari-hari adalah hari ibu. Betul?