Yang punya pengaruh

Anda tahu berkenaan undian yang dibuat TIME, Manusia yang paling berpengaruh dalam dunia baru-baru ini?

Anda turut mengundi pada pilihan raya kecil, eh undian TIME tersebut? Sekarang sudah terlambatlah sebab keputusan pun sudah ada. Anwar Ibrahim, adalah salah seorang dari pemimpin yang tersenarai dan menduduki tangga kedua dalam senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia! Anda rasa bagaimana?

Manusia paling berpengaruh dalam dunia adalah moot, pengasas 4chan.com. Ada siapa-siapa yang kenal sama itu moot. Kill-Vearn mendakwa, moot ini tidaklah populis. Benarkah begitu? Apa itu 4chan.com? Aku macam pertama kali mendengar tentangnya.


Lihatlah pada gambar di atas, keputusan penuh dan Anwar Ibrahim di kedudukan kedua selepas moot. Anda lihat kedudukan keempat, Baitullah Mehsud. Anda kenal sama dia? Tidak. Sila lihat di sini dan sini.