Pendirian

Di bawah merupakan pendirian dan pandangan berkenaan isu yang telah bangkit di Parlimen, berkenaan isu status agama anak dari ibubapanya yang telah berbeza agama.

"Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.
Dalam satu kenyataaan hari, Naib Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata,  PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu."
"Kini timbul isu yang diperbesar-besarkan tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam. Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"." Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Ini dari mufti
"Keputusan kabinet semalam - anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti" kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

Jadi apa pandangan serta pendirian anda?

Kemaskini [01/05/2009]:
Lagi berkenaan pendirian mahasiswa. Memorandum telah diserahkan. Jangan tong sampahkan suara mahasiswa. Jikalau tiada tindakan, mungkin mahasiswa akan lebih agresif? Hehe.. Mahasiswa, bersiap-sedia.


Ulasan

  1. biasanya benda nih bermusim..
    kalau ada yg tak puas hati, barulah persatuan ini lah, itu lah bergerak. kalau tak, hampeh je..

    BalasPadam
  2. Luth Textile: tp PKPIM ni mmg 1 badan mahasiswa yg lantang. Insya'Allah, doakan dieorang istiqamah.. kte pon same2, sokong pendirian PKPIM n bdan2 mahasiswa Isalam yg lain.

    BalasPadam
  3. ni la beza ahli politik dengan persatuan pelajar. lebih2 lagi malay politician. ape2 hal mesti rujuk perlembagaan. perlembagaan kita tu dah berumur puluh2 tahun. masa tu islam kat malaysia sangat rapuh. masa zaman mahathir baru lebih kemas dan kuat. sebelum zaman mahathir org pakai mini skirt, skarf, mane bertudung. aaa. lari topik lak. hehe. cuma ak menyokong PKPIM. sebagai persatuan pelajar yang berilmu, mereka mesti dah mengkaji pro dan kontra setiap keputusan mereka

    BalasPadam
  4. ubey: betol 2 mmg byk perbezaanya. lgpon MP Kulim ni seorang peguam. haha, ak rse xbyk bezanye dulu dan skang, sme je mlh lebey teruk lg.
    kuat atau rapuhnya pegangan Islam seseorang 2, x kire mase bile pon.
    hrp2 pon, bukan..kite kena gak menyumbang sesuatu utk Islam ni. xkan stakat jadi penonton dari luar padang ye x?

    BalasPadam

Catat Ulasan