C.U.T.I.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 - Fotopages.com

Berhenti sebentar..sebelum terbang lebih tinggi


Cabinet
Minggu lepas Perdana Menteri Malaysia yang keenam, DS Najib [Pak Lah, panggilan mesra untuk PM ke5, PM ke6 ada gelaran untuk dia?] mengumumkan barisan kabinet yang baru [bak kata Ku Li, "ada yang kitar semula", kira baru juga] dengan bilangan menteri lebih sedikit [lebih efektif agaknya, tapi timbalan menteri ramai pula]. Dengan pembawaan kabinet baru adalah kabinet dapur..eh, kabinet rakyat [macam plagiat saja, tidak apa yang penting jangan buang air liur saja].

Ujian
Bulan ini merupakan bulan ujian atau peperiksaan akhir semester bagi kebanyakan siswa-siswi institut pengajian tinggi. Masing-masing sedang berusaha untuk membuat persediaan sebelum hari perhitungan. Jangan terlalu risaukan ujian yang kecil ini, masih ada lagi SPM [Soalan Padang Mahsyar] yang begitu dekat dengan kita. Persiapkanlah. Untuk ujian-ujian yang melanda, jangan dipinta kecilkan ujian tapi minta kepadaNya diperbesarkan iman.

Thailand
Pergolakan demi pergolakan berlaku di utara tanah Semenanjung Malaysia. Pemberontakanterhadap kerajaan silih berganti jika kerajaan baru didirikan. Bila ini berlaku, tentera pasti campur tangan. Asyik hendak merampas sahaja. Cerita merampas dari rakyat ini seakan-akan sama seperti di Darul Ridzuan. Ambil iktibar dari pemimpin sampailah ke rakyat marhaen. Demonstrasi, aku sokong tapi biarlah dengan aman dan cara yang betul. Kalau hendak aman, jangan ada yang menghasut.

Iskandar bukan ZulQarnain

Aku baru selesai membaca buku sejarah ini, Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?. Memang menarik. Dibentangkan dengan hujah-hujah ilmiah dan bukti-bukti sejarah. Bukan dongengan mulut. Alexander the Great bukanlah ZulQarnain [gelaran untuk pemimpin agung yang menakluk timur dan barat] yang dicatat dalam Al-Quran. Siapa ZulQarnain, beli buku ini, baca dan nilai.


Sepanjang dan selepas peperiksaan ini nanti, aku akan bercuti panjang dari penulisan blog ini. Buat sementara waktu. Aku akan kembali lagi. Mungkin dengan pengisian yang lebih menarik dan kritikal, jadi tunggu. 

Doakan kejayaan aku dan kawan-kawan aku yang lain untuk menghadapi peperiksaan nanti, seterusnya dapat menggenggam apa yang dicita dari tahun 1 lagi.

Doa aku buat teman-teman, semoga berjaya. Dengan izin Allah.