Selamat Hari POLIS

Semalam 25 Mac 2009 merupakan Hari Polis yang ke-202.
Tegas, Adil dan Berhemah.

Terima kasih kepada anggota polis yang telah menjalankan tugas mereka untuk menjaga keamanan dan mengawal jenayah selama 202 tahun di bumi Malaysia ini. Waktu yang lama mencerminkan kematangan bukan sahaja dari peralatan dan persenjataan, malah dari segi pemikiran dan tindakan.

Apa yang diharapkan rakyat, supaya keselamatan mereka terjamin, dapat menjalani kehidupan harmoni, dapat berjalan-jalan bersama keluarga malam-malam dan tidak perlu risau akan kehilangan anak-anak serta berdemonstrasi secara aman.

Semoga terus menjadi kebanggaan rakyat, berkhidmat demi kesejahteraan rakyat. Selamat Hari Polis.

Nasihat aku, jangan jadi seperti polis India dalam cerita Hindustan.

psst: Kamu orang pernah tengok cerita Hindustan atau tidak?

Ulasan

  1. selamat hari polis juga. hehehe..

    psstt: aku baru tgk movie slumdog millionaire, polis siap buli budak2 dan slumber kodok main daun terup a.k.a judi masa kucar-kacir. hermm.. rasuh manjang. kui3 ;(

    BalasPadam
  2. Azizwan: terima kasih azizwan.
    ko dh tengok cite 2? bagus2.. ak pon tgok ckit2 je, x sempat seyh. tp mmg betol la pe yg ditunjukkan 2. begitulah yg terjd kalo mkn suap.

    BalasPadam

Catat Ulasan