Kesatuan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semakin hari bilangan blogger semakin bertambah. Ini mungkin disebabkab minat, suka-suka atau tanggungjawab. Pelbagai kategori blog timbul dan tidak kurang juga yang tenggelam [sebab jarang kemaskini]. Blog yang pelbagai 'genre', dari blog peribadi hinggalah ke blog politik dan kepimpinan memberikan pilihan dan mewarnai ruangan alam maya ini. Tidak kurang juga blog yang tidak bermoral dan kurang dapat ajaran, yang suka menghina, mempersenda dan memainkan isu-isu sensitif.

Panjang pula mukadimah aku. Sebenarnya, fenomena berblog ini sudah meresap masuk kepada budak-budak kolej aku, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Jalan Temerloh. Oleh sebab meningkatnya budak-budak KTSN ini dalam aktiviti berblog ini, jadi aku terfikir hendak menyatukan blogger KTSN ini di bawah satu nama. Dengan fikiran yang tidak seberapa ini, maka muncullah 'blTuns'.

Apa itu 'blTuns'? 'blTuns' merupakan singkatan dari 'Blogger of Kolej Tun Syed Nasir'.
Kenapa pilih 'blTuns'? Sebab namanya unik dan tersendiri. Ringkas dan padat, hehe.
Macam mana hendak sebut 'blTuns'? Boleh sebut... "ble.tuns". Haha, unik bukan?
Macam 'syok' sendiri saja. Haha...

Aku juga sudah menyiapkan sepanduk tautan untuk 'blTuns' supaya blogger KTSN boleh meletakkan sepanduk yang ringkas ini di dalam blog mereka sebagai tanda kesatuan walaupun masing-masing mempunyai pandangan juga pendirian yang berbeza. Walaubagaimana pun, kita tetap menghadap kiblat yang sama.


Sepanduk tautan ini hanyalah sementara. Kawan-kawan KTSN boleh merekabentuk sepanduk dan moto [kalau boleh, hehe] yang lebih mengancam. Disamping kita boleh mengeratkan tali silaturrahim, bertukar-tukar idea, kita juga dapat mengukuhkan kesatuan sesama kita.

Jangan lupa untuk bertukar-tukar tautan antara blog. Yang bukan budak-budak KTSN pon boleh untuk bertukar-tukar tautan. Sentiasa ingin menambah kenalan dan ilmu.

Ulasan

  1. SaLam!
    usaha yg bagus utk satukan bloggers2 KTSN..
    blTuns??? mcm looney tunes pun ada...hehe
    i'Allah, tuKang tuLis akan pomot dgn lbh meluas lg kesatuan (union) blTuns neh...

    p/s: tuKang tuLis da jd org pertama add baner di page ku..yeah!
    (xde menang moto ker)=p

    BalasPadam
  2. tukang tulis: Salam kembali. haha bunyi cam katun ke..okey la tuh, hehe..

    terima kasih kpd tukang tulis sbb nk tolon promot

    tahniah sbb jd org pertama... ko de lesen ke nk mng moto? hehe

    BalasPadam
  3. abang M nasir, kalau i nak join kelab BLTUNS ni ley ker..hik hik hik...=)

    BalasPadam
  4. neo: ko nak join ke? kena daftar jd budak Kolej Tun Syed Nasir dulu la.. haha.. suke2 je panggil ak M Nasir. nnti die mrh ak la, ko panggil ak gune name die 2. hoho

    BalasPadam

Catat Ulasan