Perniagaan dengan alam ghaib

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pernahkah anda mendengar tentang perniagaan dengan alam ghaib? Bagaimana ia dijalankan? Apakah keuntungan yang diperoleh? Apakah mata wang yang digunakan untuk perniagaan ini?

Mari sama-sama baca kisah ini.

Rasulullah S.A.W. ingin mendirikan sebuah masjid di Madinah Al - Munawwarah. Lalu baginda ingin membeli sebidang tanah dari seorang Ansar dengan menawarkan bayaran yang lumayan. Tetapi Ansar tersebut merasa amat keberatan untuk menjualkan tanahnya dengan tawaran baginda melainkan dengan wang yang lumayan. Lalu apakah tawaran baginda kepada Ansar itu?



Kemudian datang Sayidina Usman Affan menawarkan 10, 000 dirham [10 dirham bersamaan seekor kambing yang baik] dan membeli tanah dari Ansar tersebut. Sayidina Usman menemui baginda dan menyerahkan tanah itu seraya berkata "Ya Rasulullah, belilah tanah ini daripada saya.". Lalu dibeli oleh baginda Rasullulah dengan bayaran yang ditawarkan oleh baginda kepada Ansar tadi.

Tawaran oleh Rasullulah adalah sebuah rumah di syurga. Bagi kebanyakkan ahli perniagaan, jual beli ini tidak mendatangkan keuntungan malah hanya kerugian. Tetapi keimanan para sahabat yang amat konkrit sehingga sanggup menjual dunia untuk membeli akhirat yang tidak pernah dilihat dan dirasai.

Apakah kita sanggup?

~ Dipetik dari buku Soal jawab remeh-temeh: Muamalat, tapi anda malu bertanya... Nukilan Ustaz Mohd. Nidzam Abd. Kadir