Siapakah manusia sempurna?

Penyataan yang sering kedengaran adalah 'Tiada manusia yang sempurna'. Benarkah ucapan ini? Tiadakah manusia sempurna di dunia ini?
"Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah"
Di atas merupakan lirik lagu Sempurna nyanyian Andra & The Backbone. Siapakah yang sebenarnya sempurna di mata kita semua jua sempurna di sisi Allah.

Sudah tentu jawapannya adalah Rasul-rasul, utusan Allah dan paling utama adalah Nabi Muhammad S.A.W. Mereka yang sempurna di sisi Allah itu ramai sebagaimana hadis sahih:
“Orang yang sempurna dari kalangan laki-laki banyak jumlahnya, sedangkan dari kalangan perempuan tidak ada yang sempurna kecuali Maryam putri Imran dan Asiyah puteri Muzahim (isteri Fir‘aun). Dan keutamaan Aisyah dari seluruh perempuan seperti keutamaan Tsarid dari seluruh makanan.” 

Tidak terkecuali juga kaum wanita ada yang sempurna kerana iman mereka dan diangkat menjadi pemimpin wanita di syurga iaitu Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah.

Tetapi kesempurnaan yang mutlak itu hanya milik Allah, tiada yang sekutu atau setara dengan Dia. Namun, manusia yang memang tidak pernah puas masihkah mencari kesempurnaan atau terima seadanya dengan rasa syukur?

Ulasan

  1. kalau semua org pun sempurna tak interesting la hidup ni kan...

    BalasPadam
  2. neo: Allah Maha Esa

    Anonymous: Em, sememangnye de hikmah di sebalik setap kejadian Allah

    BalasPadam
  3. bla xsempurna baru ada cabaran-->nk tau apa cabaran dunia ni x?http://rozharif.blogspot.com/2009/01/sistem-kapitalis-dan-dinar-emas-dan.html

    BalasPadam
  4. Ro Zhaf Zeck: Ada benarnya. jgn pula nnti cabaran yg m'bebankan kite. kalo dh b'depan cabaran,jgn dminta kecilkan ujian tapi minta diperbesarkan iman. Insya'Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan