Palestin

Bukan tanggungjawab aku seorang...

Ia tanggungjawab persaudaraan dan kemanusiaan .
Walaupun isu Palestin di bom lagi ini telah masuk beberapa hari, sebenarnya ia telah mengambil masa lebih 60 tahun. Rintihan anak-anak Palestin ini silih berganti tapi siapakah yang sudi mendengarnya? Masihkah ilusi dan realiti?

Pembantaian Gaza: petanda kiamat makin hampir. Waktu ini mungkin sudah lebih 500 orang rakyat Palestin sudah menemui syahid mereka. HAMAS ingin melancarkan intifada yang ketiga ke atas rejim Israel. Semoga Allah membantu tentera muslimin ini memusnahkan Israel dan kekejamannya.

Sengaja entri ini dilambatkan kerana ia bukan sekadar isu semasa malah isu sepanjang zaman, sepanjang masa. Bantahan terhadap Israel dan sekutunya perlu dibuat terus menerus dan konsisten kerana tidak sanggup lagi melihat kegawatan Gaza dan kekejaman Israel .

Usah ditanya kepada Amerika yang sememangnya kutu yang bersimbiosis dengan Zionis laknatullah. Juga pemimpin negara-negara Arab yang sememangnya kaki bodek. Pasti terdengar berita seorang pemimpin Arab sanggup menghadiahkan kepada pemimpin Amerika dengan nilai yang cecah juta! Tapi ingin memberi sesuap nasi kepada anak Palestin, tiada sanggup. Malah ditutup pintu untuk perubatan dan makanan di kiri dan kanan Gaza.

Di antara kita dan Palestin, apa yang boleh kita lakukan di sini demi saudara-saudara Islam kita di sana?
1) Ambil tahu berkenaan Palestin [sumber pun sudah banyak sekarang]
2) Gunakan senjata ampuh umat Islam iaitu doa. Manfaatkan dalam bacaan qunut. Qunut Nazilah


Bacaan qunut Nazilah

3) Boikot barangan keluaran Israel dan sekutunya, Amerika secara konsisten
4) Keluarkan dana ke tabung Palestin yang dipercayai sumbernya. Tidak rugi orang yang membelanjakan hartanya di sisi Allah.
5) Keluar menyatakan bantahan atau demonstrasi


Demonstrasi membantah kekejaman zionis di Kedutaan Amerika, Jln. Tun Razak baru-baru ini
Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin

Kemaskini [9 Jan 09]:
1. Ikuti rapat umum dan solat hajat yg dianjurkan oleh Aman Palestin.
2. Ikuti perkembangan Palestin dan komen yang dibawakan oleh Lembaga Zakat Selangor.