Jangan paku sahabatmu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika arah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Dari kotak emelku

Ulasan

  1. bapak dia tengah cerita2...tiba2 masuk bab sahabat plak.. huhu aku kusyik baca..best3x..hahahah ko dah banyak buang longkang2 kat hati aku..so bila nak belanja kepsi??

    BalasPadam
  2. neo: sebenarnye leh related ngn sape2 pon yg de hubungan rapat dgn kita...bes ye cite ni. trimas..trimas.. neo longkang je ke?parit xde?hoho..kepsi xleh wei..Israelnye..

    BalasPadam
  3. insaf bace cerita ni...betul2 buat kepalo den terhantuk ha...hehehehe...tq wak...ekau memang best lah bagi artikel ni sekali semuo teraso oren...hahahaha

    BalasPadam
  4. Salam,menarik cerite tu, buat saye terfikir kembali bila nak marah...terima kasih!

    BalasPadam
  5. Rusdi Abdullah: Samela kite, huhu..Same2..teraso oren? nape oren lak?hehe..

    U-Hah: Salam..hm..kongsi2 ilmu n artikel yg manfaat..Same2..terima kasih kpd U-Hah siggah sini..

    BalasPadam
  6. sebab sekarang banyak oren, sempena ngan raya cina...hahahaha...

    BalasPadam
  7. Rusdi Abdullah: oo..haha..ingtkan pe..

    BalasPadam

Catat Ulasan