IstiQamah

Apa dia istiqamah?
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.
Istiqamah boleh dikaitkan dengan konsisten tetapi ia kurang tepat. Istiqamah lebih luas maknanya tetapi lebih spesifik di dalam lingkungan hidup sebagai seorang Islam.

Istiqamah adalah sesuatu yang amat sukar untuk dipraktikkan kerana ia menuntut komitmen yang sentiasa optimum pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan sekali pun. Namun dalam beristiqamah tidak memerlukan kerja yang berat atau membebankan. Istiqamah dalam hal-hal kecil lebih baik dari tidak beristiqamah hal-hal yang banyak atau berat terutamanya dalam ibadat.

Semoga kita dapat beristiqamah di setiap saat detik jantung berdegup.
Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

Ulasan

  1. thanx, maklumat berguna untuk muhasabah diri..=)

    BalasPadam
  2. neo: same2 cit neo..Alhamdulillah..sebar2kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan