Tandatangan petisyen bantah PPSMI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun

Dengan ini saya ingin mengajak rakyat Malaysia yang mendukung keluhuran Perlembagaan dan cintakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, marilah kita beramai-ramai meringankan tangan kita untuk menandatangani Petisyen membantah PPSMI. 

Ini bukan bermakna menolak bahasa Inggeris. Cintakan Bahasa Malaysia bukan bermakna membenci bahasa Inggeris. Tidak berbahasa Inggeris tidak bermakna kita mundur. Tidakkah kasihan adik-adik yang baru mengenal A,B dan C..1, 2 dan 3, dieksperimenkan untuk belajar Sains dan Kira-kira dalam bahasa Inggeris dengan alasan kemunduran!

Cakap banyak pun tidak guna. Tandatangan kalau mahu.

Ulasan

  1. aku kesian...
    sian kat anak murid aku..
    yg pndai terus pandai, yang kureng semakin terkebelakang...

    BalasPadam
  2. Chekgu BaniHassim: aku pon same cekgu BH.tp ak xde ank murid. Dh tndetgn cekgu?hehe..

    BalasPadam
  3. secara peribadinya..saya rasa bagus juga dimulakan sejak sekolah rendah lagi..menggunakan bahasa inggeris tak bererti kita lupakan bahasa melayu..

    pendita zaaba pergi ke Institusi St. Paul (tanpa restu bapanya) bukan kerana beliau tak patriotik dengan bahasa melayu...

    BalasPadam
  4. 26: Mmg ade pro n kontranye. kalo dibahaskan mmg x abes. tp ikut realiti..?

    t'dgr de ramai yg dpt C sokmo, UPSR dpt A.em cmne tu?

    teringat ucapan Rais Yatim, ubah status Bahasa Melayu kpd pringkat t'tinggi.jgn ubag status je ye..

    Tulisan Jawi pe cer?huhu..

    BalasPadam
  5. sebab tak belajar rajin-rajin..maka tak dapat A..

    pelajar akan jadi terlalu selesa dengan pengetahuan berasaskan bahasa yang dikuasai..


    realiti saya..

    saya dulu darjah 3 semua subjek saya dapat A (sekolah kebangsaan)

    tapi bila pindah ke sekolah rendah kebangsaan, kesemua A yang saya ada sebelum itu tak bermakna apa-apa...terasa mundurnya saya tanpa mempelajari bahasa lain dengan baik..

    Rais yatim hanya pandai berkata-kata selama ini....

    BalasPadam
  6. 26: Em, betul.. usaha, doa dan tawakkal penting..
    tahniah utk anda dlm m'ngecapi kejayaan hidup sekarang tapi adik-adik yang ketinggalan, bagaimana masa depan mereka..

    saya bukan x setuju langsung tapi masa perlaksanaannya agak tergesa-gesa dan tiada kajian mendalam. xde statistik berapa yang boleh bawa BI bagi sekolah 2 bandar&luar bandar.

    Rais Yatim memang camtu tapi kita amik yg baik x salahkan.

    BalasPadam
  7. kalau bukan sekarang bila lagi..

    saya pasti ada kajian yang dilakukan oleh Tun M semasa beliau mencadangkan perkara tersebut

    kemampuan pelajar-pelajar luar bandar jangan sesekali kita perkecilkan.mereka mampu jika diberikan peluang.

    semasa menjalankan projek anak angkat sekitar kawasan luar bandar masa di itm dahulu, saya tertarik dengan kemampuan anak-anak desa sekoah rensudah mampu berbicara dalam bahasa inggeris..

    Insyaa'lah

    BalasPadam

Catat Ulasan